Wednesday, October 10, 2012

Slowww Wednesday

Allooooo Cosmo Beauties,

Mungkin sebab di cubicle nan sepi ini tinggal saya sorang jek (yang lain sibuk dengan shoot cover. Siapa? Rahsialah tapi mestilah gempak orangnya), rasa lambatnya nak pukul 6, padahal kerja jalan juga, pagi tadi dah pergi ke product launch.... and aaaaccctuallyyyy the office has been buzzing with activites dari pagi dengan meetingnya, dengan shootnya... Anyway, bercakap tentang launch pagi tadi. Finally jenama Aveda sampai ke Malaysia. Mesti dah pernah dengar kan? Or kalau belum, it's actually a beauty brand, yang sangat mementingkan alam sekitar, menawarkan high performing products yang bagus untuk professionals, pelanggan-pelanggan dan juga Bumi. Kiranya apa jua produk Aveda yang kamu gunakan melalui satu kitaran penuh dan kitaran itu tak putus (cradle to cradle). Dari alam sekitar, ia kembali ke alam sekitar. Contohnya, kamu bersyampu, syampu itu mengandungi khasiat tumbuh-tumbuhan, air bilasan rambut kamu itu mengalir semula ke tanah dan membantu menyuburkannya. Tak ada satu pun yang akan merosakkan alam sekitar yang kita cintai ini. Inilah syarikat kecantikan pertama yang berfungsi dengan 100% kuasa angin (macam gambar di bawah ni).
High-Res Stock Photography: Valley with wind turbines
Getty Images
90% dari minyak pati dan 89% herba-herba yang terkandung dalam produk-produknya adalah certified organic. Semua ni kamu boleh baca sendiri di website mereka. Taknaklah cerita banyak sekarang. Nanti Cosmo perkenalkan produk-produknya dalam majalah ok. Nak balik try dulu! Yeay dah pukul 6....bye


No comments: