Wednesday, October 3, 2012

Love your brushes...

Heyya Cosmo Beauties...

Dah beli our October issue with Izara Aishah on the cover? She's just so pretty, susah untuk tidak rasa cemburu bila tengok gambar-gambar dia. Aaaaanywayyyy, also in this issue, we featured bahagian kedua trip Cosmo ke Seoul bersama Dior. Apa yang Cosmo tak berpeluang (atau tak ada ruang) nak kongsi are the tips tentang penjagaan berus solekan. By the way, berus foundation baru dari Dior tu MEMANG BEST!!! So Yadim, Dior International Make-Up Artist, ada beri tips bagaimana nak jaga berus.
  • Berus solekan mesti dicuci (angkat tangan siapa tak pernah cuci berus solekan dia).
  • Bagi yang hanya guna berus pada diri sendiri, tidak berkongsi dengan sesiapa, tidak perlu cuci berus setiap hari. (Sebagai seorang jurusolek, Yadim cuci berusnya after setiap application). Kamu, seminggu sekali pun dah bagus.
  • Guna syampu dan air suam. Halakan berus ke bawah agar air tak meresap ke dalam ferrule (bahagian logam yang mengepit pangkal berus dengan batangnya). Ini kerana pada bahagian itu terdapat gam atau pelekat yang kuat tetapi jika terkena air terlalu kerap boleh melonggarkan "pegangannya" pada serat berus. Jadi sentiasa halakan bahagian berus ke bawah ketika mencucinya agar air tak masuk ke bahagian tu.
  • Lepas dah bilas berus, squeeze out lebihan air dan jemur.
Senang je kan? Hujung minggu ni kita cuci berus ok?

Dior


No comments: