Monday, October 1, 2012

Let's Have A Great Week Ahead..!

Isnin kembali, dan tak wajar kamu mulakannya dengan Monday Blues. Tukarkannya ke "pelangi indah" (wah!) dan semangat baru - sama ada dengan kopi kegemaran atau muzik rancak pembangkit mood. Satu cara yang pakar kata mampu menceriakan suasana adalah dengan bersenam. Maybe not your usual push-ups or jogging, why not cuba menari. Pasang lagu upbeat dan bergeraklah ikut rentak lagu. Sebenarnya, kamu boleh buat rutin senaman biasa dengan diiringi lagu rancak. Lebih menyeronokkan.

Seperti program BodyJam yang baru dilancarkan Fitness First dengan dance party cukup meriah dengan koreografi diketuai Pengarah Program Les Mills BodyJam, Gandalf Archer. BodyJam ini adalah program yang menggabungkan senaman kardio dengan rutin tarian terkini diiringi muzik terkini sama ada hip hop, funk dan Latin. Nak diikutkan setiap sesi kardio diinspirasikan tarian ini adalah selama 55 minit setiap kelas, dan peserta akan membakar sehingga 530 kalori bagi setiap sesi.

Pasti kamu akan rasa lebih seronok nak sertai kelas sebegini terutama jika merasakan senaman biasa agak "keras" dan kurang fun. Jadi kamu boleh jadikan tarian sebagai medium untuk keluarkan peluh, bakar kalori, kurangkan berat badan dan paling penting, it's super fun!

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kelas BodyJam ini, kunjungilah Fitness First berdekatan okey.


Gandalf Archer & Ken Mun di Fitness First OM"G" Dance Party

Peserta parti OM"G" berseronok sakan!
xoxo,
Anida

No comments: