Thursday, July 31, 2008

Minggu "Bergaji" Datang Lagi...

Sekitar minggu “gaji dah masuk”, inilah masanya nak tengok shopping mall penuh sesak. Tambahan pula kalau ada “sale” di sini sana. Selain terpengaruh dengan perkataan “SALE”, apa sebab kamu turut “tumpang sekaki” bersesak-sesak ke shopping mall untuk “melabur” juga “melebur”kan duit gajimu itu?

Adakah kamu bershopping sakan sebab:

  1. “Lapar Mata” tengok pelbagai fesyen dan poduk terkini di pasaran. Lagipun sejak dua minggu lalu, dah hampir 10 kali kamu masuk kedai yang sama, membelek dan mencuba baju yang SAMA ( tapi tertahan-tahan nak beli sebab duit kamu waktu tu tinggal “cukup-cukup makan” sampai tibanya hari gaji).
  2. “Gatal tangan” nak membeli walaupun beg dan baju yang ada bertimbun-timbun di rumah tu pun ada lagi belum sempat dipakai. Malah ada juga yang kamu sendiri tak tahu (atau buat-buat tak tahu) yang kamu memilikinya.
  3. Anggap ia sebagai “reward” untuk dirimu selepas sebulan “bertungkus-lumus” bekerja, dan ini masanya untuk kamu hadiahkan diri dengan sesuatu “berharga” – tidak kira sama ada ia kecil, besar, murah mahupun mahal.
  4. Ataupun kamu hanya bershopping barang yang “perlu” sahaja. Malah, kamu lebih rasa “bebas” jika separuh dari gajimu itu dihabiskan untuk membayar hutang yang “keliling pinggang” (at least tak payah pening kepala jawab call bila bank telefon mintak bayar hutang mengalahkan ceti!)

Jadi, kamu tergolong dalam kategori yang mana? Ayuh kongsi pendapatmu dengan Cosmo!

Regards,
; ) Zaiti

5 comments:

aizat.cinta.goddess said...

saya shopping because of...i addicted to it..view my blog!!

Anonymous said...

Saya anggap ia sbg "reward" utk diri sdiri setelah penat bekerja.

Anonymous said...

wihiii...life's dull without shopping..saya addicted to shoping...hehe..menjawab soalan tak?

Anonymous said...

i baru je shopping sakan kat parkson on 10 august...reason sbb dia bg i voucher RM20 for every 150...lgpun dapat 10x bonuslink point tau...so i tak lepaskan peluang la...i berhabis byk kat fragrance & cosmetic dept sbb i addicted dgn perfume....even ada lg yg i tak pakai kat rumah, tp i tetap beli jugak yg baru...tak leh tahan la...geram je tgk kat kaunter tu..

Hanys Jehari said...

hye cosmo,
masa mula-mula kerja, baru pegang duit memang selalu shopping, gatal tangan, gatal badan... hehehe.. even dah ada, still nak beli, kasut, baju kurung (either siap or kain jer), t-shirt, jeans, kasut, handbag..
but now, dah cool down.. rasa dah mhargai duit.. plus, ada byk lagi baju yg belum sempat pakai, n my shoe rack dah nak pecah.. hehee..
skang beli yang perlu jer, dah matang skit bab duit ni.. i think cosmo teach me alot!