Friday, October 31, 2008

Haloouuuu...

Lamanyaaa tak post apa-apa tentang "beauty" dalam blog. But I'm sure Anida's posts made up to that. Banyak betul update cik kak tu. Seperti yang kamu mungkin dah tahu, kami di Cosmopolitan sentiasa ingin beri informasi, nasihat serta tips-tips "that really works" untuk our readers. So I'm hoping you'd be able to spend some time and cerita kat I tentang your beauty habits. Apa you suka or tak suka... nak senang lagi, just answer these questions...

1. Apa yang dicari bila membeli lipstick?
- shine
-tak tebal sangat
-tahan lama
-melembap
-warna yang cantik
-tak pakai lipstick pun

2. Apa warna gincu favourite kamu?
-coklat
-merah
-neutral
-merah samar
-ungu
-oren

3. kamu guna lipgloss?
-selalu
-sekali-sekala
-tak langsung
Lepas ni I tanya soalan tentang solekan bahagian lain pula ok...



By the way, kalau terasa nak menderma (kamu patut menderma!).... do buy the new 2009 Clarins We Care Diary untuk membantu cerahkan masa depan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Nak tahu lebih lanjut layari http://www.clarinswecare.com.my/
-Nana-

Jom Bagi Pandangan

Ehem, nak tanya pandangan pembaca setia, tak kira lelaki atau perempuan. Apakah aktiviti ketika date yang happening sekarang ini selain menonton wayang, lepak mamak atau teman awek shopping (fun ke?)? Share it with me, kalau menarik, akan dimasukkan dalam my story!

Love,
Anida

Thursday, October 30, 2008

Satu Hari Lagi...

Untuk apa? Untuk kamu undi wanita dan selebriti Fun Fearless Fabulous pilihan! Kesemua undian sama ada menerusi borang atau SMS kena sampai kepada team Cosmo sebelum 31 Oktober berakhir ya. Saksikanlah sendiri "perlumbaan" sengit antara pengundi Shazfinas dan Liyana di sebelah ni, bukan main lagi. Penyokong Rina, biarpun gadis Fun Fearless Fabulous ini berada di luar negara pun tak lepaskan peluang mengundinya. You go girl(s)! Jangan sangka yang lain tak dapat sambutan ya, belum tahu lagi "hasil" undian menerusi SMS dan borang tau, mungkin keputusannya bakal mengejutkan semua orang, termasuk team Cosmo sendiri.
Apa pun, kamu masih ada masa untuk tentukan siapa yang layak merangkul anugerah hebat dan berprestij ini. Tunggu apa lagi. Lekaslah undi!

Love,
Anida

Friday, October 24, 2008

Cosmopolitan November 2008 - Dapatkannya SEKARANG!

Seronoknya dah JUMAAT! Apa plan hujung minggu? Apa pun rancangan kamu, jangan lupa grab Cosmopolitan November yang baru dijual tu ya. Lihatlah sendiri betapa hebatnya Scarlett Johansson bergaya untuk wajah depan Cosmopolitan Malaysia. She looks hot! Tentu kamu tahu yang dia pun baru menamatkan zaman solonya, ngam ngam Cosmo dapat selitkan kisahnya. Phew!
Lagi lagi yang menarik, Cosmo kali ini paparkan pelbagai tip melancong lain dari lain buat kamu. Maklumlah, dah hujung tahun ni, tentu sibuk berencana untuk langsaikan baki cuti 2008. Kalau kamu selak halaman 74 (Hemat Belanja Kala Melancong), 76 (Quiz: Destinasi Percutian Idamanmu?), 152 (Jurnal Percutian Cosmo Malaysia) dan inspirasi fesyen untuk cipta mood travel lebih gempak dalam Morning Glory, h92 - memang seronok cuci mata!
Pernah mengimpikan kehidupan ala selebriti? Sebelum melangkah ke alam itu, apa kata korek dulu hakikat di sebalik dunia glamor dalam ruangan What You're Dying To Know About (h90). Seronok pun ada, takut pun ada...
Gadis Cosmo jelita sepertimu tentu tak mahu ketinggalan tip kecantikan hebat "hidangan" Nana. November ini, dapatkan pelbagai produk jenama hebat terbaru lengkap dengan cara memakai dan manfaatnya untukmu. Tak perlu nak fikir panjang sebelum membelinya. Dengar saja cakap Cosmo ya...
See? Dengan hanya RM5.50, ilmu dikongsikan bersama bernilai lebih dari itu. Berbaloi untuk bacaan your long weekend ni. Tunggu apa lagi, Miss Cosmo Miss Out tau!

Love,
Anida

Wednesday, October 22, 2008

Cosmopolitan di 8TV Quickie (21 Okt 2008)


Selamat pagi! Siapa sempat tengok our beloved editor, Izza kena interview kat 8TV semalam, angkat tangan?! Kalau tak sempat, klik je kat link bawah ni untuk "layan" Rina Omar and Belinda Chee tanya macam-macam benda to Izza pasal kempen Fun Fearless Fabulous. Kamu dah vote ke belum?...




Kecoh studio 8TV dengan celoteh Rina & Belinda. Rina seronok kerana turut tercalon as one of Cosmopolitan's Fun Fearless Fabulous kategori Personaliti TV.
Nak tengok versi full? Layari link berikut, boleh terus tonton video live ya.



http://8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=34&ShowID=501&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=13768&VideoID=14471


Izza (dua dari kiri) dan Ungku Natasya (Promo Exec Cosmopolitan, kanan sekali) bersama Rina & Belinda, lepas kecoh di TV semalam.

Love,
Anida

Tuesday, October 21, 2008

Hong Kong & Macau bersama Fossil

Fossil berlatarbelakangkan kota Hong Kong

Malaysia, I am back! Excitednya dapat peluang berjalan ke Hong Kong dan Macau di bawah tajaan Fossil (M'sia) sempena Fossil Asia Sales Conference pada 15 hingga 18 October lalu. Sejak bulan puasa dah mencongak2 apa nak bawa and importantly, what to shop! Haha. Masa kat HK, dapat beristirehat di Harbour Plaza yg gempak lagi selesa tu. Then cuci mata tengok koleksi 2009 (wah!) dari Fossil dan "anak2nya" termasuk Burberry, Armani Exhange, DKNY, Michael Kors etc. Rambang mata dibuatnya melihat deretan jam tangan yg belum dijual di pasaran. Rasa nak semua woh!


Lepas dua hari "menelan" info mengenai jam, sampai rasa dah jadi apprentice pakar jam tangan pun, Fossil bawa team media berjalan ke Macau. Dapat peluang duduk di Venetian yg...SANGAT gempak! The room was magnificent! Walaupun I rasa Macau ni syurga untuk gamblers, tapi seronokla jugak tengok lantai casino Venetian yg luas macam OU new wing k. But I wish the gamblers were dressed better, too casual for a place as grand as Venetian or even Four Seasons, yg juga ada lantai casino. Malangnya, tak leh take pictures kat situ. "Haram" woh! Hahaha...


Also, I made great friends ngan wartawan lain especially Afzan (BH, my roomie), Sheila and Sham (ntv7), Deb Lee (Female) and Nellie Ooi (NewTide). Tima kacih kat Kelly Yip and Morgan Tay from Fossil yg bagi layanan first class kat kami. Eh lupa plak. Mr Kee Hua Chee, yg "perasan" dirinya greatest journalist haha! Tapi dia memang our "joker" lah, yg tolong perhangatkan our trip there. Nantikan my full story on Fossil in Cosmopolitan ya. Mwahs!


Love,
Anida

Monday, October 13, 2008

COSMOPOLITAN ON AIR

Cosmo @ The Breakfast Show





















Cosmo @ Hot FM AM Crew
Inilah antara komitmen Cosmopolitan untuk mempromosikan kempen Fun Fearless Fabulous yang sedang hangat dalam majalah, tv dan radio. Glamor jugak Cosmo jadi tumpuan last week dan kami dapat banyak feedback dan exposure yang tidak ternilai.


Pada Okt 8, saya ditemani Ungku Natasya bergegas ke Sri Pentas untuk menjayakan The Breakfast Show. Cosmo turut menjemput Ning Baizura (calon Penyanyi FFF) dan Shazfinas Hashim (calon Personaliti FFF). Kami ditemubual oleh Daphne Iking dan Elaine Daly yang so fun to chat with... sampai Ning terkeluar cerita beraksi pole dancing seperti yang dilaporkan Cosmo isu Okt tu.





Pada Okt 10, pula kami ke konti Fara Fauzana yang keseorangan. Sekali lagi Ning berbesar hati datang awal pagi walaupun baru turun Genting (ada show) jam 3 pagi sebelum tu. Dan juga calon Personaliti FFF, Effa Desa. Memang Fara (yang juga calon dua kategori FFF) pandai melayan kami sebagai tetamunya sampai bila nak balik pun dia asyik bergambar sakan dengan Ning.






Thank you to all my guest nominees yang hadir meredah trafik dan meluangkan masa berharga mereka. Love you guys!
So watch out, Cosmopolitan akan keudara lagi di Hot FM pada Okt 17 (5pm) ini bersama Zizan Nin dan Yasmin Hani pula!
Teruskan mengundi calon favourite you all ya...
Love
Izza

Tuesday, October 7, 2008

Fun Fearless Fabulous di NTV7 - ESOK!!

Jangan lupa saksikan kemunculan calon The Ultimate Fun Fearless Fabulous Cosmopolitan - Ning Baizura dan Shazfinas Hashim - bersama Izza (our beloved Editor) di The Breakfast Show NTV7, jam 9 pagi esok (Okt 8) ya!
Bolehlah kamu "berkenalan" dengan mereka lebih lanjut sebelum "menabur" undi. Jangan lupa saksikan mereka ya!

Love,
Anida