Wednesday, February 25, 2009

Liyana Jasmay - Duta Maybelline New York. Wow!


(Pilihan Liyana - Maybelline Volum'Express Hypercurl Mascara in Black, Watershine Pure Lipcolor in Fresh Cherry dan Angelfit Blush in Strawberry)

Memang tepat tekaan Cosmo, apabila Maybelline mengesahkan Liyana Jasmay sebagai jurucakap terbarunya dalam satu majlis gempak di Zouk, semalam. Biarpun "jiran" Cosmo ni tertanya2 macam mana kami dapat tahu (biarlah rahsia), tapi tak salah jika mengatakan Liyana is the right choice. Dia antara artis muda yang mudah dirapati, konfiden, dan very smart. We like! Selain lakonan hebatnya dalam Castello, Kami: The Movie, Histeria, tak lama lagi her self-titled album bakal menemui peminatnya.
Sewaktu majlis pelancaran, media telah dihiburkan dengan persembahan ala rock chicnya dengan single sulung "Aku Tak Percaya Cinta". Not too bad! Bila Liyana dah belajar control stage dan asah lagi suaranya, tentu meletup!! Cayalah..!

Love,
Anida

Tuesday, February 24, 2009

Cosmopolitan Mac 2009 - DAH ADA!


Sementara menunggu nak balik ni, rasa gatal tangan n tak sabar2 nak memperkenalkan isu Mac yang gempak ini. Tadaaa! Amacam?
Jom berkenalan dengan Isla Fisher, pelakon utama filem Confessions of a Shopaholic. Filem mengenai wanita "gila" shopping ini bakal menemui kamu tak lama lagi, dan Cosmo sendiri akan anjurkan majlis tayangan perdananya tau! Nak ketahui lebih lanjut, dapatkan isu terbaru ini NOW! Pastikan kamu mendapat jemputan eksklusifnya ya. Rugi besar kalau ketinggalan.
Bersempena tema shopaholic, Cosmo turut sertakan tip bijak berbelanja, dan pengakuan 50 wanita Malaysia mengenai detik membeli-belah. Bukan main lagi. Seterusnya, tenggelami dirimu dengan halaman dipenuhi aksesori terhangat musim ini, dari kasut ke hairpiece ke cincin ke gelang...macam2 lah! Rambang mata nakkan semua.
Kamu pasti pernah mendengar al kisah pasangan yang berlainan perangai tapi masih bersama? Tetapi, adakah itu bermakna mereka mampu bertahan? Tak semua kombinasi boleh mencapai kebahagiaan bersama. Selaklah halaman 88, terkupas segala kemusykilan.
Ada lagi...Tapi kamu kenalah dapatkan Cosmo isu Mac ini cepat2 tau. Kalau tak mahu miss satu pun keluaran Cosmo, langgan saja. Kali ini, siapa langgan cepat ada peluang menang koleksi Bobbi Brights dari Bobbi Brown (harganya RM1,000 woh!). Go get it now!!!

Love,
Anida

Friday, February 20, 2009

Aksi Bintang Popular

Jumaat dah tiba! Apa rancangan hujung minggu ni? Kalendar weekend team Cosmo pun agak padat. Esok Cosmo team akan berada di Sunway Pyramid untuk majlis The Body Shop Professional Make-Up Artiste Competition 2009 (3-5pm) kemudian, Cosmobile pula akan "terjah" UKM, Bangi (5-6pm). Kamu pun kena join tau!

Kelmarin, Berita Harian telah adakan sidang media mengumumkan 5 finalis untuk Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP). Paling best, Cosmopolitan juga jadi partner acara hebat ini, sebagai penganjur Pamper Suite di Genting Highlands 12 April nanti. Seperti tahun lalu, Cosmo akan buka ruang R&R untuk selebriti memanjakan diri. Kami pun berdebar-debar nak anjurkannya, we all hope it will be as great as last year! (What to wear? What to wear?)

Nak tahu siapa finalisnya ABPBH '08. Here goes:
1. Pengacara TV Lelaki: AC Mizal, Ally Iskandar, Aznil Nawawi, Faizal Ismail, Faizal Tahir.
2. Pengacara TV Wanita: Abby Fana, Cheryl Samad, Fara Fauzana, Juliana Evans, Nurul Alis.
3. Penyampai Radio Lelaki: AG, Aznil Nawawi, Faizal Ismail, Kieran, Khairil Rashid.
4. Penyampai Radio Wanita: Abby Fana, Fara Fauzana, Leeya, Linda Onn, Nana.
5. Artis Komedi Lelaki: AC Mizal, Afdlin Shauki, Nabil, Saiful Apek, Zizan.
6. Artis Komedi Wanita: Amyza Adnan, Kenchana Dewi, Noorkihiriah, Ruminah Sidek, Sheila Mambo.
7. Artis Baru Lelaki: Aiman, Fizzow, Nabil, Nubhan, Riz.
8. Artis Baru Wanita: Ayu OIAM, Lisa Surihani, Sari Yanti, Scha, Stacy.
9. Penyanyi/Artis Nasyid: Aiman, Akhil Hayy, Hijjaz, Rabbani, Raihan.
10. Penyanyi Berkumpulan/ Duo: Estranged, Fabulous Cats, Hujan, M Nasir, Meet Uncle Hussein.
11. Penyanyi Lelaki: Adam, Aizat, Amy Search, Mawi, Nubhan.
12. Penyanyi Wanita: Elyana, Jaclyn Victor, Mila, Siti Nurhaliza, Stacy.
13. Pelakon Filem Lelaki: Farid Kamil, Que Haidar, Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Saiful Apek.
14. Pelakon Filem Wanita: Erra Fazira, Liyana Jasmay, Maya Karin, Sh Amani, Vanidah Imran.
15. Pelakon TV Lelaki: Aaron Aziz, Aqasha, Ashraf Muslim, Fahrin Ahmad, Rosyam Noor.
16. Pelakon TV Wanita: Abby Abadi, Diana Danielle, Dynas, Fasha Sandha, Rita Rudaini.

Kalau nak pilih, tak susah. Beli akhbar Berita Harian, isi borang dan undi artis pilihanmu kemudian hantarkan kepada alamat tertera pada borang tu ya. And, they're doing roadshows in Johor, Terengganu, Kedah, Pahang and Selangor sepanjang bulan depan hingga awal April. Cosmobile juga dijangka menyertainya. Nantikan kehadiran Cosmo sekali ya!

Love,
Anida.

Tuesday, February 10, 2009

Demam PGL Tak Habis Lagi...




Hi,

Dah pernah tonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang? Nak mengaku ni, I baru pergi tengok last week dengan Cik Puan Editor.... hehehe. Dah masuk musim ke-3 kitorang baru dapat chance nak pegi tengok. Tu pun lepas berangan nak beli tiket last minute (dah tentu-tentu takde!), kebetulan Cosmopolitan ditawarkan dua kerusi untuk malam Gala PGL. Alhamdulillah (Terima Kasih Eja - Enfinity Productions). Seated 2 rows from the stage, belum apa-apa lagi Izza dah panick, takut dia tersebak sampai berjurai air mata (jiwang sikit editor Cosmo ni) tak bawa tisu pulak tu ... nasib baik sampai ke hujung emosi terkawal. Apa-apapun sekarang I faham kenapa ada setengah orang tu sanggup beli tiket setiap pertunjukan PGL. Memang menakjubkan! Lagu pembukaan saja dah buat meremang bulu roma. Comelnya penari-penari Jawa terkedek-kedek atas pentas, dan suara tetap maintain. Takde pula dengar siapa-siapa yang "terkucil". Watak-watak utama semua hebat-hebat, paling tak sangka Sultan Mahmud boleh menari broadway ala Melayu! Gusti Putri pula banyak buat magic! Sekejap ada sekejap hilang... Itu antara highlight PGL3, ilusi optik yang membuatkan ia lebih hebat! Susah juga nak cerita semuanya. Yang mana dah pernah tengok tentu faham, dan yang belum berpeluang, dengar cerita PGL3 akan disambung sehari lagi. Cepat-cepatlah pegi beli tiket!

-Nana-


Thursday, February 5, 2009

Demam Anugerah!





Bulan ni bukan setakat sambutan Hari Kekasih, tapi bakal menjelma acara gilang gemilang Anugerah Grammy (8 Feb 09) dan Academy (22 Feb 09). Masa ni lah nak tengok bagaimana artis Hollywood melaram sakan dan sama ada mereka akan "ditahan" Fashion Police atau tidak. (Ada kala, mereka pun jadi fashion victims, pelik bukan?) Ofcourse, barisan artis yang dicalonkan tak kira dalam bidang muzik atau lakonan, tak kurang hebatnya. Untuk Grammy nanti, ia akan dihoskan LL Cool J dan Taylor Swift dengan persembahan gempak dari Coldplay, Kenny Chesney, Jennifer Hudson, Jonas Brothers, Lil Wayne, Carrie Underwood dan ramai lagi! Sementara itu, Hugh Jackman (aktor utama filem Australia, sigh!) bakal mengacarakan Anugerah Academy nanti. Hot, hot, hot!



Jom saksikan Grammy Awards di 8TV menerusi siaran tertunda (sejam) pada 9 Feb '09 (Isnin) jam 10.00 pagi. Dan bersempena Academy Awards, ntv7 akan menyiarkan barisan filem hebat seperti Dragon Heart, Mighty Joe Young dan The Recruit pada setiap malam Sabtu bermula 7 Feb '09 jam 10 malam. Saksikan juga siaran anugerah itu Jumaat, 27 Feb '09 jam 10 pagi! Ulang tayangnya pula pada Sabtu, 28 Feb '09 jam 10 malam. Silalah "award" dirimu ya!

Love,
Anida

Monday, February 2, 2009

Santapan Dua Sejoli di HRC


Sudahkah kamu berkunjung ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang kini berwajah baru? Kalau belum, apa kata buat temujanji bersama pasanganmu ke HRC di malam Hari Kekasih 14 Februari yang bakal tiba kurang dua minggu dari sekarang.

Sempena sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini, HRC bakal menampilkan menu khas yang mempunyai 3 hidangan utama yang cukup lazat! Berlatar belakangkan suasana yang cukup romantik dan diiringi persembahan akustik dari band "SwitchGroove" pada hari tersebut, sudah pasti ia mampu menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan!

Pakej makan malam yang di sediakan pada malam tersebut termasuklah Crabmeat and Mango Cocktail sebagai hidangan pembuka selera, pilihan hidangan utama terdiri daripada pilihan Panfried Seabass, Grilled Sirloin of Beef atau Supreme of Chicken and Scallop Combo dan Praline Chocolate “Heart” Cake pula sebagai hidangan pencuci mulut.


Hubungi 03- 27155555 untuk tempahan meja dan nikmati pakej makan malam ini dengan hanya RM99++ seorang.


Love,


Zura.