Thursday, March 5, 2009

We Sang, We Danced, We had a Great Time!



Apa: Jason Mraz Live in Malaysia 09
Bila: 4th March 2009
Mana: Stadium Negara

Siapa pergi tengok konsert hebat ni last night? Well I did and loved every minute of it! Siapa yang pergi akan faham apa yang I nak cerita. First, a bit of intro... Jason Mraz telah dibawa ke Malaysia oleh Marctensia, sebuah syarikat yang berpengalaman lebih 10 tahun di dalam muzik, senireka dan events. Malaysia merupakan persinggahan Mraz yang ke enam setelah Seoul, South Korea, Japan, Taiwan dan Hong Kong di dalam konsert Jelajah Asianya.. Guess what? Full house ok! And we were told that 9000 orang turned up for the concert! And I bet all 9000 including me really had a blast! Mraz membuka persembahan (he was punctual...) dengan lagu Make It Mine which got everybody jumping and clapping along. Tetapi keadaan lebih gamat dan meriah apabila Remedy muncul dan muzik dihentikan so you hear the whole stadium doing the chorus... bergema-gema satu stadium. Itu istimewanya Mraz, hampir setiap orang tahu kebanyakan lagu-lagunya dan memang trademark dia mengajak penonton menyanyi dan scat bersama-sama. Secara keseluruhan 13 buah lagu disampaikan, not necessarily the same as his CD version malah he's more creative when he sings live. Ada saja ditambah pada setiap lagu dan everytime he does his tongue twisting lyrics, penonton bersorak bagai nak runtuh bumbung stadium! Lagu lain termasuk You and I Both, If It Kills Me, Life Is Wonderful, Live High, A Beautiful Mess, Geek In The Pink, Dynamo (semua orang turut angkat tangan doing the High 10 and Low 10), I'm Yours (everybody know the lyrics dan menyanyi bersama dari awal lagu sampai habis). Mraz ke belakang pentas untuk tukar bajunya yang dah kuyup dek peluh dan muncul semula dengan t-shirt I Love KL...pandai dia ambil hati. Konsert diteruskan dengan Lucky (duet bersama Penny Tai... err can't say much bout her), No Stopping Us dan ditutup dengan Butterfly. Kata Mraz, dia paling suka mencipta lagu Butterfly kerana ia sangat mudah dan he had fun creating it. Sebelum menutup konsert, Mraz memperkenalkan setiap seorang daripada pemuzik iringannya dan setiap seorang diambilnya gambar polaroid lalu dicampakkan kepada penonton. Bertuahnya siapa yang dapat gambar Mraz sendiri. Bila ditanya tentang harapannya untuk konsert pertama di Malaysia ini, dia selamba menjawab "I want to bring the album to life, engage the audience and have a party". And it was a party indeed. Rasa tak puas tengok persembahan Jason Mraz semalam. Kalau boleh nak lagi! Biarlah dia ulang menyanyi lagu sama sekalipun. But all good things must come to an end. Apa yang boleh I katakan, rata-rata semuanya puas hati dengan persembahan Mraz dan pasti meninggalkan kenangan manis buat peminat-peminat yang sekian lama tertunggu-tunggu kehadirannya di sini.
9000 orang - yang ni semua beli tiket paling mahal!

Dari sepasang mata "Biro Pemerhati" Cosmopolitan:
1. Jason Mraz memakai busana yang sama dipakainya ketika PC sebelah pagi, untuk konsertnya sebelah malam... :) (minus the shoes...)
2. He's also a very good dancer
3. In person, dia sangat selamba, senyum pun sikit-sikit aje tapi bila di atas pentas, he morphed into a different personality - lincah, kelakar, gila-gila....
4. Bila menyanyi, dia banyak buat quirky movements, maybe to express his lyrics more fluently...
5. Ramai yang datang memakai fedora ala Mraz.... sakan sungguh!
6. Jason Mraz bawa botol air sendiri ke PC dan juga ke konsert... botol yang sama ya.

PC di Delicious Dua Residency
, Serena C sebagai emcee.

Mraz in action Bersama band iringan yang mantap!

-Nana-

4 comments:

ani said...

jason mraz mmg best!

Anonymous said...

ani pegi ke?

Anonymous said...

wanna to go tapi the date, the day all wrong for me..student, nasib badan...

Akmad Toshiro said...

rugi aku x gi..cis..tapi takpe, nnti kalo ade mase dia dtg lagi(mybe 10yrs lg, idk) atau aku gi jer konsert dia kat luar..hehehe..but doesnt matter! I YOUR'S!