Friday, August 21, 2009

Cosmopolitan September - Lebih Hebat!


Dah ada, dah ada...Isu September dengan wajah jelitawan terkenal, Maya Karin! Dan sebagai hadiah Ramadhan, kamu boleh dapatkan Cosmo Collection yang memaparkan koleksi fesyen Dingin/Sejuk 2009 serta paparan solekan musim terbaru ini. (All sweat and tears tau!)
Macam-macam cerita menarik disediakan termasuk bahaya memandu cuai, kesilapan baru yang mungkin kamu pernah lakukan, mampu meragut nyawa. Dan, gadis Cosmo bercerita pengalaman bercinta yang nakal (we like!), kelakar dan mengejutkan betul. Dan cara kamu boleh rapatkan hubungan kekeluargaan bila konflik melanda kamu dan adik-beradik.
Check out spread tentang dua Nana (Nurul Hana EraFM dan Liyana Jasmay), pasti ada satu inspirasi solekan boleh digayakan sempena Aidilfitri nanti. Ikuti kisah menarik pengalaman raya mereka, dan bagaimana Nana (EraFM) kali pertama beraya sebagai seorang isteri.
Bonus: sampel gincu dari Maybelline untuk kamu!! Untungnya....

Dah Dua Ratus!!!!!

Hello everyone,

Seronok betul melihat perkembangan blog kami yang bermula sebagai ruang untuk memperkenalkan majalah ini hinggalah ia kini menjadi medan untuk berkongsi idea, rasa dan aktiviti. Sejak ia mula hadir, saya dan team Cosmo sentiasa berusaha memberikan posting yang terkini (walaupun ada kalanya senyap seketika - maknanya kami sibuk menyiapkan majalah akan datang ye...) bukan untuk bermegah tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tak kesampaian untuk muncul dalam majalah.

Selain itu, kami amat berterima kasih dengan kesungguhan pengunjung blog sekalian menyertai ruangan undian yang banyak memberi manfaat serta data berharga untuk kami serapkan dalam rencana Cosmopolitan. Thanks girls!

Kini follower blog dah mencecah 200 orang, tahniah kepada "Hypercopycat cicakgal" - sila hubungi Cik Ungku Natasya di pejabat kami untuk dapatkan hadiah misteri pengunjung blog ke-200!

Keep the comments coming. We welcome any ideas that can make this blog a much "happening" place for you to visit everyday!

Salam Ramadhan from Izza, Zaiti, Anida, Nana, Zura, Nisa' and Natasya!

Wednesday, August 5, 2009

Cosmo Majalah Rasmi Gadis Melayu 2




Dear ladies (and guys),

Ogos ini menjadi permulaan kembara baru Cosmopolitan dalam memantapkan aktiviti sampingan majalah kesayanganmu ini. Mungkin ada yang dah tahu sebelum ini, Cosmopolitan menjadi majalah rasmi rancangan yang kini menjadi bualan hangat Gadis Melayu musim kedua di TV9.

Jika kamu setia menontonya tahun lalu, tentu kenal dengan format programnya yang menerapkan elemen budaya Melayu dari pelbagai aspek. Pendekatan untuk musim terbaru ini masih lagi konsep sama tetapi ia turut menerapkan elemen kreatif dan adventure untuk selari dengan aliran terkini.

Kami di Cosmo amat berbesar hati untuk turut sama menjayakan program realiti ini dan telahpun turut serta dalam sesi audition dan pemilihan finalis sejak beberapa bulan lalu. Saya juga dijemput untuk menjadi juri ujibakat di Shah Alam dan Kuala Lumpur bersama beberapa juri ternama. Tidak dinafikan ia adalah antara pengalaman yang cukup menarik. Bukan mudah untuk menemubual ratusan gadis yang datang dengan harapan menggunung untuk diterima sebagai peserta Gadis Melayu.

Terima kasih kepada yang sudi hadir sesi ujibakat di semua lokasi dan sekiranya kamu bukan yang terpilih ke peringkat akhir, masih ada ruang untuk kamu perbaiki dan pelajari. Mana tahu, tahun depan ada peluang baru. Saya tabik kesemua peserta ujibakat kerana berani dan bersungguh-sungguh datang to prove yourselves.

Untuk saksikan bermacam aksi di sesi ujibakat, tonton Gadis Melayu musim ke-2, esok (Khamis, 6 Ogos, 9.30malam). Episod pertama ini juga akan turut memperkenalkan 12 peserta akhir yang bakal merebut gelaran Ikon Gadis Melayu. Episod seterusnya (juga waktu dan hari siaran yang sama) akan menyaksikan peserta terbabit dalam pelbagai tugasan serta ujian dan seorang bakal tersingkir setiap minggu sehingga episod akhir November nanti.

Uniknya musim ini, peserta yang terpilih juga datang dari latar yang berbeza dan terbabit dalam pelbagai bidang sebelum menyertai Gadis Melayu. Lihat nanti transformasi gadis urban menjadi wanita Melayu unggul!

Salam,
Izza