Friday, September 25, 2009

GUA SUDAH DUA TAHUN!


Laman sesawang gaya hidup dan hiburan paling popular di Malaysia, Gua.com.my kini sudah pun berusia dua tahun! Bersempena dengan ulangtahun Gua yang kedua pada 11 September lalu, M Zulkifli Abdul Jalil, Pengurus Besar Jenama, Pengisian dan Pemasaran Alt Media Sdn. Bhd. (yang juga pencetus asal GUA) sempat berkongsi dengan COSMOPOLITAN tentang pencapaian serta projek-projek terbaru yang bakal diperkenalkan oleh GUA.

GUA terus mengorak langkah dengan memperluaskan jaringan di laman sesawang sosial yang lain melalui Facebook, Twitter, Pacmee dan seumpamanya. GUA juga bakal memperkenalkan sebuah drama berkonsepkan ‘thriller’ yang mempunyai kesan khas dan belum pernah di ketengahkan di GUA sebelum ini. Terbaru di GUA adalah laman ‘mobile’ GUA yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Laman ‘mobile’ ini akan memberi peluang kepada para pengguna untuk membaca dan menyaksikan kandungan terkuni GUA di telefon bimbit mereka.

Dalam perancangan juga adalah beberapa portal baru yang bakal diperkenalkan oleh Alt Media, syarikat yang membelakangi GUA demi mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri yang semakin mecabar ini . Layari http://www.gua.com.my/ untuk info gaya hidup dan hiburan terkini khas untukmu!

No comments: