Elo, elo...Sorry sebab lama tak update, tapi Cosmo team sedang sibuk preparing upcoming issues, dengan events hujung tahun lagi nak kena prepare. But ofcourse, inilah dia buah tangan terbaru untuk kamu - COSMOPOLITAN ISU NOVEMBER 2009. Wajah depan kali ini; Juliana Evans yang nampak SO HOT, betul tak? Mungkin ada antara kamu yang sangka dia tak se-friendly selebriti lain. Haaaa...Cosmo berjaya korek sebabnya. Dan dia turut kongsi sesuatu mengenai kisah cintanya dengan Sam Bunkface tu. Juga mengenai pembabitannya dalam Gadis Melayu. Jangan lupa saksikan Final Gadis Melayu pada 5 November nanti ya. Kita lihat siapa yang menang...Menarik isu ini, tentulah Anugerah Kecantikan Cosmopolitan (AKU 2009). Saksikan sendiri barisan produk terbaru yang telah dinobat pemenang kategori masing-masing. Dengan cara itu, kamu boleh nilaikan sendiri kehebatannya menerusi recommendation Cosmo. Barisan pemenang memang gempak habis.
Juga, Anugerah Fun Fearless Fabulous 2009 kembali menemuimu, kali ini 11 finalis disenaraikan. Terus ke halaman 61 untuk lebih mengenali gadis Cosmo yang masuk ke final. Dan, barisan Selebriti Fun Fearless Fabulous. Ada tiga kategori tambahan untuk jadikan anugerah ini lebih happening iaitu FFF Senyuman Menawan; FFF Pereka Muda dan FFF Pasangan Serasi. Antara muka baru masuk sebagai finalis tahun ini termasuk Dina (Era FM), Lisa Surihani, Marion Caunter, Shila OIAM, Aizat, Nabil, Henry Golding dan Mawi! What you need to do now is to VOTE! Selak ke halaman 68 untuk tanda pilihan (hati) mu. Dan kamu juga berpeluang untuk ke kemuncak anugerah itu nanti tau. Tunggu apa lagi....
Bagi yang sedang merancang untuk habiskan cuti tahunan, dalam isu yang sama Cosmo sertakan pelbagai tips, rencana dan paparan berkaitan termasuk fesyen dan kecantikan bila kamu nak melancong. Jangan lepaskan peluang memenangi kembara menarik ke Surabaya, Indonesia dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Menarik, bukan? Cepat dapatkan Cosmopolitan terbaru ini untukmu. :)




