
Ya, sedar tak sedar, Cosmo dah pun berusia empat tahun di Malaysia. Wahhh!! Dan seperti biasa, inilah buah tangan istimewa kami untuk kamu bulan ini. The lovely Ning Baizura on our lovely and colourful cover!! (Ning yang berada di luar negara dah diberitahu semalam, tak sabar dah dia nak balik Malaysia untuk melihatnya sendiri). Apa yang Cosmo pelajari daripada Ning? or tentang Ning? Dia itu sangatlah banyaknya tenaga!! Biarpun shoot kali ini memerlukannya mengganti lebih dari 3 pasang baju, she was still smiling ear to ear. Hinggakan Aunty Stella (Ning's lovely mom) pun cakap, Ning sememangnya banyak tenaga. Dan untuk kalian semua, Ning kongsikan cara untuk tampil hebat, konfiden dan menawan bila kamu menghadiri parti hujung tahun. Siap dia kongsikan the dos and dont's, jadi kamu memang kena baca!!
Sempena birthday Cosmo, ada empat special promotion mengandungi hadiah hebat2 belaka untuk kamu rebuti. Jangan lepaskan peluang dapatkan produk daripada Estee Lauder, DKNY, Bobbi Brown dan Origins ya. Dan, Cosmo kembali menganjurkan bengkel kecantikan bersama Clarins oleh itu, kamu tak boleh ketinggalan ya kerana Intan Ladyana pun akan join sama...
Dan ada pelbagai rencana menarik untuk tatapan kamu bulan ini, termasuk cara tarik perhatian si dia (tanpa nampak over) di majlis nanti - dari segi fesyen, kecantikan dan kendiri. Kamu juga kena pelajari kenapa menuruti kata hati itu mampu menyelamatkan kamu dari situasi tak diingini. Termasuklah mengelak menjadi mangsa perogol janji temu. Caranya, dalam rencana Only In Cosmo khusus mengenai isu menakutkan itu.
Tunggu apa lagi, dapatkan a copy of your latest Cosmopolitan NOW!!
p/s - Zura Ahmad dah selamat melahirkan anak perempuan, Thalia Zara pada 9 November lalu ya...Congrats Zura!!!