Friday, August 29, 2008

2 hari lagi nak puasa...

Dah ready ke? Team Cosmo dah mula belasah macam-macam dah ni. Baru tadi minta Steve turun beli kuih la, air soya la, macam-macam demand! Bukan sebab apa, takut bila dah puasa nanti, teringat nak makan macam-macam.
Nak cerita sikit pengalaman balik kampung last weekend. Kenduri sepupu kahwin. Tak sangka pula terpaksa jadi "mak andam terjunan". Pasal dok fikir "balik kampung", saya cuma bawa basic make-up. Eyeshadow pun satu warna saja! Mujur Izza bawa banyak... terlebih banyak sampai tak muat meja. Anyways, persoalannya, bila kamu balik kampung, how simple (or not) would you go? If you are going towards "simple", mungkin kamu boleh pick-up a few tricks melalui spread Tampil Cantik, Nyaman & Selesa, halaman 134 - 136. Tapi sebelum tu, tengok dulu rona fruity mana sesuai untuk bibir kamu (page 130-133).


Oh sebelum terlupa, dah pergi jenguk ke The Body Shop? Mereka ada rangkaian produk "Wellbeing" baru untuk kamu lerai-leraikan tekanan. Eloklah bulan puasa ni tak elok tension-tension. Saya tabik dengan event pelancaran rangkaian baru ni ( di Bukit Cahaya) sebab berjaya untuk "lebih" menyedarkan saya tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Plus saya berpeluang beli-belah di The Body Shop outdoors!


Ok...have a nice weekend dan jangan lupa bangun sahur ya!


-Nana-

Wednesday, August 27, 2008

Cosmopolitan September Dah Dijual!

Rugi kalau tak dapat satu...
Akhirnya!! Cosmo kembali Ramadan ini dengan lebih banyak cerita-ceriti best, sudah tentu untuk pembaca tersayang. Antara yang tak boleh lupa dibaca...
* Dynas jual koleksi bajunya yang happening di alam maya!
* Lenggok Bahasa Flirting - apa erti gerak manjamu itu
* Terfikir bagaimana selebriti boleh bergaya begini atau begitu? Cosmo kupas isu tu...
* Ada barisan wangian terbaru gempak boleh pilih, bolehlah harum semerbak Raya ni!
* Istimewa! - Inspirasi dari runway untuk musim luruh/sejuk.
* Also, COSMO CAR SPECIAL! Macam-macam tips balik kampung. Siapa kata gadis Cosmo tak tau jaga kereta? :P
* Dan lagi, dan lagi, dan lagi...
Go get it NOW!
Love,
Anida

Tuesday, August 26, 2008

Selera Gaya

Salam buat semua Cosmo gals!



Rindu pulak bila dah seminggu tak posting. Hope everyone is doing great and I rasa semua dah bersedia untuk menghayati bulan Ramadan ini dengan semangat baru. Dah ganti puasa belum? Nasib baik I sempat juga ganti tapi paling tekun ganti puasa dalam team Cosmo ni, Zaiti, almost every week dia puasa... ada puasa sunat jugak kot!

Bulan ni bukan sekadar nak bersiap untuk Raya tetapi juga untuk kembali kepada kesederhanaan dan jangan terlalu ghairah shopping nanti. Nasihat saya, berpada-padalah ya... Beli apa yang patut dan elakkan pembaziran lebih-lebih lagi time harga naik sana sini.


So, I rasa ramai jugak antara you all yang dah tempah baju raya dengan tailor kegemaran ataupun dah congak warna baju raya tahun ni. Kalau tak sempat, beli saja di pelbagai kiosk Ramadan nanti. Tak payahlah berpasang-pasang, satu pun dah memadai.


Bercerita pasal fesyen, I nak tahu juga you all punya interest in style. Sebab sebelum ni ada a few bloggers yang tertarik dengan ruangan fesyen Cosmo. So amatlah dialu-alukan feedback daripada you all sama ada fesyen yang ditampilkan dalam majalah sesuai dengan cita rasa kamu, perlukan lebih elemen tertentu dan jika produk yang digunakan bersesuaian.


Jangan segan kerana semua feedback yang kami terima adalah untuk meningkatkan mutu majalah untuk you all juga! Hope to hear from you soon!

Anida, me and Tasha feels small bila berdiri next to Dynas yang tinggi lampai!

Get the latest Cosmo kat kedai berhampiran sekarang! Cover girl bulan September ni, Dynas yang hot dengan pelbagai drama serta filem dan juga Pelakon Wanita TV Popular!

* Oh! Thank you Fara for your time datang bertemu pembaca Cosmo di MPH MidValley haritu. I'm truly honoured to have you walaupun tahu you busy giler that week! You're a sweetheart!


Salam merdeka!
Izza

Thursday, August 21, 2008

An Evening With Fafau

Fara turunkan "mandat" pada muka depan Cosmopolitan Ogos. Sign cek boleh?
I was told, sesi pembaca Cosmo bertemu Fara sememangnya sukses!! We can count on Fara untuk jadi penyeri dan tukang kecoh majlis tu. Sorry ek Fara, akak dalam pesawat pulang dari Bandung masa event tu berlangsung (adakah Fara masih jeles dgn percutianku? wahaha).

"We love Fafau!"
Anyways, according to Nana, Fara memang hebat melayan peminat yang datang semata-mata untuk menemuinya dan memberi sokongan kepada Cosmo team. Cayalah! Harap2, kalian semua akan terus datang ke events anjuran Cosmopolitan Malaysia ya...
Mwahs,
Anida

Friday, August 15, 2008

Breezy Birthday...


Okay, usually I'm against letting people know its my birthday. Tapi memandangkan saya terharu dengan surprise yang dibuat oleh my Cosmo colleagues (and of course them forcing me to post it in here), so yeah, yesterday was my birthday. Hari yang penuh... macam-macam. Ada shoot dengan celeb cantik (hep! terlalu awal untuk dibongkar... tunggu bulan October), sampai tak sempat nak celebrate dengan kengkawan. So today, lepas hampir separuh hari lari ke sana sini untuk preparation shoot dengan seorang lagi celeb gempak... balik ofis saja dah ada sepinggan cupcakes cantik menunggu and of course ada kumpulan choir yang tolong nyanyikan lagu birthday. *Thank you soooo much for the lovely cupcakes and the song. Love em', love you guys*. Terubat sedikit kepenatan dan kekecewaan meredah jam! Steve pun ada jugak tapi tak ada dalam gambar....


-Nana-

Tuesday, August 5, 2008

Fara Fauzana nak jumpa KAMU!



Kan ari tu dah cakap Cosmo ada plans for Fara Fauzana and YOU. Well, jom jumpa wanita Fun, Fearless and Fabulous ini. Details...

Tarikh: Ogos 16, 2008 (Sabtu)
Masa: 2 petang hingg 3 petang
Lokasi: MPH, Mid Valley Megamall

Datang, jangan tak datang! Boleh minta autograf, bergambar dan berbual dengannya. Jangan terlepas plak!!

Love,
Anida

Sa Wa Dee Kap!





I got just back from "heaven"! Akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki menikmati alam ciptaan Tuhan yang sangat mengagumkan di Krabi, Thailand.

Apa keistimewaan Krabi? Destinasi pertama yang mesti ditujui ialah Phi Phi Island (Maya Bay di antara lokasi filem The Beach lakonan Leonardo Di Caprio). Dan yang kedua ialah Emerald Pool/Sra Morakot (Tak ubah macam swimming pool buatan manusia yang terletak di tengah2 hutan belantara). Dan banyak lagi seperti Hot Spring, Crystal Stream dan pulau-pulau kecil di sekitarnya yang menarik untuk "diterokai".

Shopping? Fyi, I prepared a few beg kosong kononnya nak shopping sakan di sana. Unfortunately barang2 kat sana tak berapa menarik untuk dibeli ditambah pula dengan harga yang lebih kurang sama macam kat sini. Tapi kalau nak memanjakan diri memang sangat berbaloi dan berpuas hati. Full body Thai massage hanya RM25 selama sejam dengan urutan yang sememangnya 1st class!. Manicure & Pedicure pula hanya RM15 dan kalau nak tukar imej dengan melakukan braids pada rambutmu, hanya sekitar RM50.

Makan? Thai Cuisine is my fave. Sedap tapi pedas giler! Price ok and easy to get Halal food there. You have to try the Thai Pancake, mmg sedap hingga menjilat pinggan! Hehehehe...

Hai, kalau nak cerita sampai minggu depan pun belum tentu habis. Tapi yang pastinya, I love Krabi so much rasa mcm tak mau balik!

XOXO,

zura ahmad

Monday, August 4, 2008

What a weekend...

Hi girls,

Macam mana your weekend? I'm sure you all buat macam-macam and get a chance to unwind after all the hectic week at work. I know, I have. As usual Monday memang hari yang paling best nak catch-up and update kengkawan dengan cerita hari Sabtu & Ahad. Nak ikutkan, waktu lunch time memang tak cukup nak cerita semuanya!

For me, Sabtu lepas, I went to kenduri kahwin and later hang-out kat rumah my mom. Ahad baru la jadi domestic diva (kemas rumah, basuh baju, masak, tengok tv + tidur extra hour) - letih tu :). But I'm sure you all ada acara yang lebih menarik and maybe get the chance to catch Cosmobile yang singgah di Subang Parade dan Bijou Bazaar Bangsar hari Sabtu lepas (sori tak dapat join - kat kenduri).

Some of you, mungkin ada kat pulau peranginan, attend birthday party and maybe shopping or menjerit keseronokan kat puncak Genting sempena MTV Asia Awards yang gempak tu! Tasha was there and she'll share some pics and interesting encounters with hot local and international celebs soon. Wah! tak sabar nak tengok gambar dia dengan Jared Leto...

Let us know if you have great weekend stories to share!

Jumpa lagi...
Izza