Monday, September 29, 2008

JOM UNDI FUN FEARLESS FABULOUS!

Hello girls,

Salam Aidilfitri from all of us at Cosmo! Dah nak beraya sakan? I think geng Cosmo dah raya pun walaupun tinggal dua hari lagi ni sebab semua dah cuti except me and Zura yang "jaga office" hari ni, esok we all pun cabut!

So, I bet you all semua dah dapatkan isu Oktober dan dah mula mengundi calon-calon finalis Fun Fearless Fabulous yang bakal dianugerahkan tak lama lagi. Siapa pilihan you all? I tampilkan semula senarainya for you to vote.



Finalis Personaliti Fun Fearless Fabulous

1. Yasmin Rasyid (kod sms W01)

2. Rina Rahmat (kod sms W02)

3. Faridah Ahmad (kod sms W03)

4. Arryazua Sapie (kod sms W04)

5. Effa Desa (kod sms W05)

6. Aisyah Asmadi (kod sms W06)

7. Juliana Cheong (kod sms W07)

8. Huda Abdullah (kod sms W08)

9. Liyana Zulkifli (kod sms W09)

10. Aizan Rosli (kod sms W10)

11. Shazfinas Hashim (kod sms W11)
12. Nathasha Fadzil (kod sms W12)

Taip COSMO (jarak) FFF (jarak) KOD CALON (jarak) NAMA (jarak) IC

Contoh: COSMO FFF W12 LIZA RAHIM 821215145038

Hantarkan kepada 32733



You all pun boleh mengundi your favourite celebs via SMS!





Calon-calonnya adalah:


Personaliti Radio: Fara Fauzana (A1), Nana (A2), Myra (A3), Tini (A4), Hunny (A5)

Aktres: Sharifah Amani (B1), Liyana Jasmay (B2), Fazura (B3), Nora Danish (B4), Maya Karin (B5)

Personaliti TV: Yasmin Hani (C1) Sarimah Ibrahim (C2), Rina Omar (C3) , Fara Fauzana (C4), Sazzy Falak (C5)

Penyanyi: Siti Nurhaliza (D1), Dayang Nurfaizah (D2), Jaclyn Victor (D3), Noryn Aziz (D4), Ning Baizura (D5)

Jejaka Pilihan: Iqram Dinzly (E1), Awal Ashaari (E2), Anuar Zain(E3), Faizal Tahir (E4), Zizan Nin (E5).

Undi jangan tak undi, semuanya terletak dalam tanganmu!

Selamat Hari Raya!

Izza


Thursday, September 25, 2008

Mitos Wanita

Nak minta komen pembaca Cosmopolitan tersayang. Ini untuk ruang "Mitos Bulan Ini" - Man Manual, tentu u guys tau kan how it goes?

Mitosnya: "Wanita suka kongsi kisah 'peribadi' dalam perhubungan." Setuju atau sebaliknya?

Tell me NOW!

Love,
Anida

Wednesday, September 24, 2008

Iftar bersama Dynas

Dynas bergambar kenangan dengan penyokong Cosmopolitan

Sorry lambat update. Today ada photo shoot, so baru masuk opis. Dari pagi tadi dah rasa tak sabar2 nak cerita pasal event beramah mesra with Dynas semalam at Chinoz, The Gardens. Kira-kira 20 pembaca terpilih berjaya cilok traffic jam (some sanggup ambil cuti, tabiklah!) utk sampai tepat pada waktunya. Lepas kenyang makan, and berbual2 dengan team Cosmo, tup tup Dynas pun muncul, looking ever so tall and elegant, walaupun tak tempek muka dengan solekan tebal.
Dynas memang pandai layan peminatnya. Semua ala ala terpaku dengar dia bercerita pasal bisnes yang makin "meletup" di Cineleisure and butik DnA yang bakal dibuka di Sri Hartamas, hasil titik peluhnya dengan Awal Ashaari. Rasanya semua yg hadir rasa "rapat" dengan Dynas after last night, you lucky girls!
Mana boleh lupa pasal FOOD! It was superb!! Terngiang2 kerabu sotong dan udang masak merah dimakan dengan nasi kuning. Dan oh, teh tariiiiiiikkk... I minum lima gelas k. Bukan sebab tengah batuk tu yg skip sirap ais, tapi teh tarik Chinoz memang lazat - tak manis, and tetap kaw! Zaiti minum sampai ala "mabuk" lah. Hehehe..nasib baik boleh drive balik.
Teramat2lah terima kasih to Dynas for coming, Chinoz for having us there, pembaca Cosmo yang memang terbukti jatuh cinta dengan majalah hebat ini, Ungku Natasya n Izza sebab made it happen. Lepas ni, ada lagi kan, kan, kan? Tungguuuuu....
Love,
Anida

Monday, September 22, 2008

Keluaran Oktober Kini Di Pasaran!

Mesti semua dah berkobar-kobar nak beraya tak lama lagi... Sebelum tu, cepat dapatkan keluaran terbaru Cosmopolitan sebab kami ada banyak story hangat termasuk inspirasi fesyen antarabangsa yang boleh kamu serapkan dalam gaya raya tahun ni! Jika tidak pada potongannya, apa kata tiru warna terhangat, perincian menarik dan ilham terkini untuk digayakan. Paling best, you all boleh juga tiru solekan mengikut majlis seperti yang telah diselaras oleh Nana bersama dua selebriti popular Nurul dan Diana Danielle. They look babelicious!

ANUGERAH FUN FEARLESS FABULOUS!
Paling mengujakan dalam isu ini adalah kemuncak Anugerah Fun Fearless Fabulous 2008! Kami tampilkan semula kesemua 12 finalis dan juga merancakkan lagi anugerah sulung ini adalah kategori Selebriti Fun Fearless Fabulous. Barisan 5 calon top 5 yang akan dinobatkan dalam 5 kategori iaitu Fun Fearless Fabulous Aktres, Penyanyi, Personaliti TV, Personaliti Radio dan Jejaka Cosmo! Nak tahu senarainya, get your Cosmo NOW!


Undi jangan tak undi! Semuanya dalam tanganmu! Undian kamu dikira, dan you all juga berpeluang untuk datang ke sesi eksklusif bersama team Cosmo dan hadir di majlis penyampaian anugerah nanti!

PINK PROJECT
Dan, sempena bulan barah payudara Oktober ini. Cosmopolitan turut menyokong kepada kempen kesedaran barah yang mengancam wanita tidak kira usia atau latarbelakang ini. Kamu juga boleh turut serta dalam kempen Pink Project yang menjual top T-Bags merah jambu eksklusif rekaan pereka Los Angeles. Bergaya sambil beramal...


Love,
Izza

Tuesday, September 16, 2008

Jom ke Robinsons - 18 September 2008!


Jangan lupa bawa booklet Robinsons (dalam isu September 2008), datang tau!!

Love, Anida

Kembara Shopping

Amacam? Dah mula beli-belah untuk Raya? Myself, almost done itupun sebab I started really early. Dalam "bersedia" awal tu pun, bila ternampak yang menarik depan mata, sukar juga nak tahan diri. Like last weekend, balik Terengganu sebab nenek my husband meninggal dunia (al-fatihah). Sempat juga ronda KT, dan hentian "wajib" semestinya Noor Arfa yang tempatnya kini jauh lebih gempak (see pix, sorry if it doesnt do justice). Maka, terboronglah juga beberapa barang di situ, untuk diri sendiri dan ehem, anak2 (can't help myself!). Jom kongsi sebarang pengalaman atau tip shopping dengan Cosmo.

And also, tengah ronda2 tu, ternampak sesuatu yang sangat "menarik". Lihatlah...



"Maut" kalau tak beli...hehehehe...







Love, Anida


Friday, September 12, 2008

JOM BUKA PUASA BERSAMA DYNAS & TEAM COSMO!


KAMU PEMINAT SETIA DYNAS? PEMBACA BERTUAH COSMOPOLITAN BULAN INI (DAN SEORANG RAKAN) BERPELUANG UNTUK BERBUKA PUASA SECARA PERCUMA SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN COVER GIRL COSMOPOLITAN SEPTEMBER DAN TEAM COSMO.

TEMPAT: CHINOZ, THE GARDENS
TARIKH: SEPTEMBER 23, 2008
MASA: 6.30PM - 9.00PM


TEMPAT ADALAH TERHAD. SILA HUBUNGI UNGKU NATASYA DI TALIAN 03-77259998 (ISNIN HINGGA JUMAAT, 9.00AM-6.00PM) UNTUK TEMPAHAN. AKTIVITI EKSKLUSIF INI HANYA DIBUKA UNTUK TEMPAHAN TERAWAL SAHAJA.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. JUMPA YOU ALL DISANA!

Wednesday, September 10, 2008

"Demam" Raya


Sorry terbuat mode sunyi sepi. Cosmo team tengah pulun siapkan isu seterusnya. Almaklumlah, nak cuti panjang nanti. Tapi, dalam tengah sibuk tu, kat belakang kepala terfikir juga bab persiapan Raya - baju apa, kuih raya, beraya kampung siapa (nasib baik my turn tahun ni. yes!), nak boriakan anak2 ke tidak... And, open house nak buat ke tidak pun dah mula fikir dari sekarang. Our life, like the magazine works a few months ahead. Dahsyat, dahsyat.
Apa pun, I hope you guys are having better days!
Love,
Anida

Wednesday, September 3, 2008

Multi-tasking Driver


Alangkah bahagianya kalau setiap pagi dan pulang dari kerja aman tanpa traffic jam yang sangat menguji kesabaran. Pagi tadi, pelbagai ragam pemandu yang telah saya perhatikan ketika sedang mengharungi kesesakan. Menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, ada yang mengambil kesempatan mencalit gincu di bibir (mungkin kat rumah tadi tak habis bersolek), ada yang mengangguk-anggukkan kepala (mungkin sedang layan lagu kat radio kot), ada juga yang boleh tahan menyedut asap rokok pakej dengan asap kenderaan yang dah sedia ada dan yang membaca surat khabar ketika memandu pun ada! Pemandu Malaysia memang hebatkan? Salah satu cara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas adalah dengan keluar rumah lebih awal dari waktu puncak. Kamu ada cadangan lain? Jom kongsi pendapat! Sharing is caring!

XOXO,

Zura Ahmad

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Pengantin Baru Maya Karin!


Senyuman ke ntah berapa ribu disedekahkan Maya pada para tetamu. Tak letih langsung!

Selamat berpuasa Cosmo girls! Seronok juga dapat mulakan Ramadhan kali ni di rumah, tapi akhirnya kena juga berdepan trafik pagi yang "best" untuk ke tempat kerja. Rasanya, Cosmo cubicle ni akan lebih senyap dari biasa (not!) hehehehe...

Anyways, I was at Maya Karin's reception on Friday, di FRIM. Biarpun cuaca agak "gila" sejak kebelakangan ni, tapi Maya amik big risiko pasang khemah tengah padang malam tu. Nasib baik tak ujan, phew! Tema "cantik dan bergaya" memang ngam, sebab tetamu datang cukup santai. And importantly, pengantin tak kena "kepung" dengan tight security. Maya memang bagi peluang tak kira media atau tetamu lain bertemu dengannya. I especially like her bunga telur, bulb lampu Osram yang energy saving. During her speech, dia siap bagitau maksud tersirat gift tu - dia nak semua tetamu belajar jimat tenaga. Memang Ratu Alam Sekitar!

Love,
Anida