Friday, November 30, 2012

Cosmo Disember 2012 - MAYA KARIN


Check it out! Cosmo edisi Disember bersama Maya Karin. Pasti dah ramai yang dah dapatkannya tapi kepada yang belum, you have to get it! Selain wawancara eksklusif Maya bersama editor, Eena yang menyentuh topik dalam peribadi dalam hidupnya termasuk cinta dan how to live your life to the fullest, sudah tentu ada pelbagai tip fesyen, kecantikan dan gaya hidup untuk ceriakan hujung tahunmu.

BTS Cosmo Cover Shoot: Antara aksesori yang tersedia untuk Maya Karin. Thank you sponsors!

BTS Cosmo Cover Shoot: Sebenarnya ada tiga rak baju tersedia tau!

Maya sedang beraksi untuk shot Cover Story. Menariknya, it was a super fast photo shoot sebab Maya memang selesa depan kamera, sambil diiringi muzik rancak pilihannya.

Friday, November 16, 2012


Akan Datang!
The Apprentice Asia


Nak jadi usahawan yang hebat? Why not try out your chance on The Apprentice Asia!
Caranya: 
Anyone aged 21 years and older who is residing and working in Asia can apply. We are looking for candidates who are hungry for success, passionate about life and determined to take the next step in their career. You can download the application forms here
 (http://www.axn-asia.com/programs/theapprenticeasia)
 Applications must be sent via mail to:
The Apprentice Asia
FremantleMedia Asia Pte Ltd
10 Raeburn Park, Block A #03-02/03
Singapore 088702

All the best pada yang nak cuba join peluang hebat ini!

Tuesday, October 30, 2012

Undi Yang Paling Fun, Fearless & Fabulous Sekarang!
Kamu berpeluang memenangi hadiah hebat dari team Cosmo dengan undian kamu. Jangan lupa dapatkan isu bulan November untuk lebih maklumat!

Mid Valley Megamall & The Gardens Mall 

kini menyediakan Ladies Parking Zone!

Mid Valley Megamall - Ladies Parking at Zone A, Level P2
  Kini tak perlu lagi nak risau jika teringin pergi shopping di Mid Valley Megamall atau The Gardens Mall kerana kedua-dua shopping ini menyediakan tempat letak kereta khas buat wanita. 
Kamu hanya perlu tuju ke zon khas yang disediakan seperti yang tertera pada gambar diatas dan dibawah. 
Bestnya kalau setiap shopping mall ada menyediakan parking khas buat wanita! Yang pasti bila rasa selamat dan tenang, aktiviti beli-belah pun lebih fun and fabulous.
The Gardens Mall - Ladies Parking at Zone B, Level P2


Kriteria mesti ada untuk kebenaran meletakkan kereta di Ladies Parking Zone ialah:
-         Pemandu wanita (single or with female passengers and/or with children)
-         Pengunjung yang punyai tiket parking yang sah.
-         Entry made between 7am to 11pm daily


Happy Shopping Ladies!
& thank you Mid Valley Megamall and The Gardens Mall for always having womens safety first in mind!

Monday, October 22, 2012






 Behind the scenes - Clinique Cover Girl Search

Nina Azrah

Pencarian Cover Girl cukup mengujakan dan inilah pemenangnya, Nina Azrah Razali. Dengan wajah fotogenik dan personaliti yang begitu menepati ciri fun, fearless dan fabulous, dia selayaknya dinobat juara!
Ikuti temuramah Anida Salwani Abdul Hadi bersama hot Nina dalam isu bulan November. Kini dipasaran!



Clinique expert David Ooi sibuk menyiapkan wajah Nina untuk shoot.                   





Nina begitu natural depan camera.
Kesian Nina tak sempat makan lagi dari pagi. Excited photo shoot!


Friday, October 12, 2012

Kita Minum Duluuuu...!

Kalau kamu rasa lemau, tak fresh dan kulit pun kering semacam... Mungkin kamu tak cukup air dalam badan. Atau dalam erti kata lain tubuh dah tunjukkan simptom nyahidrat. Dan kalau nak ikutkan, air berperisa, soda, kopi, teh dan juga alkohol sebenarnya penyebab tubuh nyahidrat tau. So, penawar terbaik untuk tubuh kekal bertenaga dan kamu pun tak mudah lesu adalah minum banyak-banyak air kosong.

Seperti baru-baru ni, jenama botol plastik yang happening, BROS telah adakan kempen Hydrate, Tag & Go. Angkat tangan siapa kena "serbu" dengan duta mereka? Sewaktu kempen tu, team duta BROS telah adakan sesi jelajah dan siapa yang kena "terjah" diberi satu botol air BROS (bestnya!) dan penerima kena bergambar dengan pasukan sorak mereka, kemudian download gambar tu ke FB BROS dan tag lima kawan dalam gambar itu. Agak menarik juga cara mereka nak sebarkan manfaat dan kesedaran on drinking water.

Cosmo suka sebab menerusi kempen sebegini, kamu boleh mulakan tabiat bawa botol air sendiri ke mana2 saja. Just one bottle that can last you a lifetime! Bukan saja dapat manfaat minum air untuk pastikan tubuh sentiasa hydrated, pada masa sama, kamu jadi gadis Cosmo yang bijak berjimat (tak perlu beli air mineral kerap kali) dan sayangkan alam sekitar. Siapa kata nak buat benda baik ni susah? Harap2 kamu pun dah memulakannya...

Koleksi terbaru BROS, cantiknya!

Antara "mangsa" serbuan team BROS.

 So, enjoy your weekend. Dan kalau keluar melepak atau berekreasi tu, bawalah botol air sendiri k.

Wednesday, October 10, 2012

Slowww Wednesday

Allooooo Cosmo Beauties,

Mungkin sebab di cubicle nan sepi ini tinggal saya sorang jek (yang lain sibuk dengan shoot cover. Siapa? Rahsialah tapi mestilah gempak orangnya), rasa lambatnya nak pukul 6, padahal kerja jalan juga, pagi tadi dah pergi ke product launch.... and aaaaccctuallyyyy the office has been buzzing with activites dari pagi dengan meetingnya, dengan shootnya... Anyway, bercakap tentang launch pagi tadi. Finally jenama Aveda sampai ke Malaysia. Mesti dah pernah dengar kan? Or kalau belum, it's actually a beauty brand, yang sangat mementingkan alam sekitar, menawarkan high performing products yang bagus untuk professionals, pelanggan-pelanggan dan juga Bumi. Kiranya apa jua produk Aveda yang kamu gunakan melalui satu kitaran penuh dan kitaran itu tak putus (cradle to cradle). Dari alam sekitar, ia kembali ke alam sekitar. Contohnya, kamu bersyampu, syampu itu mengandungi khasiat tumbuh-tumbuhan, air bilasan rambut kamu itu mengalir semula ke tanah dan membantu menyuburkannya. Tak ada satu pun yang akan merosakkan alam sekitar yang kita cintai ini. Inilah syarikat kecantikan pertama yang berfungsi dengan 100% kuasa angin (macam gambar di bawah ni).
High-Res Stock Photography: Valley with wind turbines
Getty Images
90% dari minyak pati dan 89% herba-herba yang terkandung dalam produk-produknya adalah certified organic. Semua ni kamu boleh baca sendiri di website mereka. Taknaklah cerita banyak sekarang. Nanti Cosmo perkenalkan produk-produknya dalam majalah ok. Nak balik try dulu! Yeay dah pukul 6....bye


Wednesday, October 3, 2012

Love your brushes...

Heyya Cosmo Beauties...

Dah beli our October issue with Izara Aishah on the cover? She's just so pretty, susah untuk tidak rasa cemburu bila tengok gambar-gambar dia. Aaaaanywayyyy, also in this issue, we featured bahagian kedua trip Cosmo ke Seoul bersama Dior. Apa yang Cosmo tak berpeluang (atau tak ada ruang) nak kongsi are the tips tentang penjagaan berus solekan. By the way, berus foundation baru dari Dior tu MEMANG BEST!!! So Yadim, Dior International Make-Up Artist, ada beri tips bagaimana nak jaga berus.
  • Berus solekan mesti dicuci (angkat tangan siapa tak pernah cuci berus solekan dia).
  • Bagi yang hanya guna berus pada diri sendiri, tidak berkongsi dengan sesiapa, tidak perlu cuci berus setiap hari. (Sebagai seorang jurusolek, Yadim cuci berusnya after setiap application). Kamu, seminggu sekali pun dah bagus.
  • Guna syampu dan air suam. Halakan berus ke bawah agar air tak meresap ke dalam ferrule (bahagian logam yang mengepit pangkal berus dengan batangnya). Ini kerana pada bahagian itu terdapat gam atau pelekat yang kuat tetapi jika terkena air terlalu kerap boleh melonggarkan "pegangannya" pada serat berus. Jadi sentiasa halakan bahagian berus ke bawah ketika mencucinya agar air tak masuk ke bahagian tu.
  • Lepas dah bilas berus, squeeze out lebihan air dan jemur.
Senang je kan? Hujung minggu ni kita cuci berus ok?

Dior


Monday, October 1, 2012

Kamu Mahu : Beautiful Brows

Hello Cosmo Beauties....

Saja nak share sesuatu yang sampai ke meja beauty Cosmo baru-baru ini. It's the 128 pages hard cover, Raising Eyebrows: Your Personal Guide to Fabulous Brows oleh Cameron Tuttle, yang dihantar oleh Benefit kepada Cosmo. Siapa sangka, nak cerita tentang kening saja makan satu buku! Yang tak bestnya, buku ni belum dijual di Malaysia :((. Takpe, sekali-sekala Cosmo share info dalam majalah ok. Basically buku ni memang cover semuanya tentang penjagaan kening dari cara mengenali dan menghargai kening kamu, hinggalah ke cara penjagaan, memilih bentuk kening sesuai dan cara menyerlahkan lagi kening kamu tu, tak kiralah kening kamu lebat atau samar-samar saja.
 Cosmo petik dari halaman 10:

WHEN DID YOU LAST spend quality alone time with your brows? Last month? Last year? Last never? Would you describe your relationship with your eyebrow as:

Barely there?                              Disconnected?
Rough around the edges?           Too connected (aka codependent)?
All over the place?                     Happy and healthy?





Cute kan? Betul-betul macam orang bercinta. Ok sementara Cosmo nak khatam buku ni, kamu pun kalau nak tahu lebih banyak tentang penjagaan kening, jenguk-jenguklah kaunter-kaunter kecantikan yang memang menawarkan servis membentuk kening (seperti Benefit, Bobbi Brown & Shu Uemura). Cosmo pasti they'll be more than willing to help you.

Ok, nak sambung baca buku....

P/S: Sebut betul-betul eyebrow, it's ai-brau bukan ai-bro

-Beauty Editor-

Let's Have A Great Week Ahead..!

Isnin kembali, dan tak wajar kamu mulakannya dengan Monday Blues. Tukarkannya ke "pelangi indah" (wah!) dan semangat baru - sama ada dengan kopi kegemaran atau muzik rancak pembangkit mood. Satu cara yang pakar kata mampu menceriakan suasana adalah dengan bersenam. Maybe not your usual push-ups or jogging, why not cuba menari. Pasang lagu upbeat dan bergeraklah ikut rentak lagu. Sebenarnya, kamu boleh buat rutin senaman biasa dengan diiringi lagu rancak. Lebih menyeronokkan.

Seperti program BodyJam yang baru dilancarkan Fitness First dengan dance party cukup meriah dengan koreografi diketuai Pengarah Program Les Mills BodyJam, Gandalf Archer. BodyJam ini adalah program yang menggabungkan senaman kardio dengan rutin tarian terkini diiringi muzik terkini sama ada hip hop, funk dan Latin. Nak diikutkan setiap sesi kardio diinspirasikan tarian ini adalah selama 55 minit setiap kelas, dan peserta akan membakar sehingga 530 kalori bagi setiap sesi.

Pasti kamu akan rasa lebih seronok nak sertai kelas sebegini terutama jika merasakan senaman biasa agak "keras" dan kurang fun. Jadi kamu boleh jadikan tarian sebagai medium untuk keluarkan peluh, bakar kalori, kurangkan berat badan dan paling penting, it's super fun!

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kelas BodyJam ini, kunjungilah Fitness First berdekatan okey.


Gandalf Archer & Ken Mun di Fitness First OM"G" Dance Party

Peserta parti OM"G" berseronok sakan!
xoxo,
Anida

Wednesday, September 26, 2012

Cosmopolitan Edisi Oktober 2012 - Izara Aishah

Check out Izara Aishah, penghias wajah depan Cosmopolitan edisi Oktober 2012. Dan team Cosmo had fun lakukan penggambaran dengannya kerana personalitinya yang sangat refreshing, apatah lagi berbekalkan wajah yang sungguh menawan, segalanya berjalan cukup lancar. Ketahui kisah terbaru mengenai dirinya bila kamu dapatkan isu terbaru ini.

And here are a few pics from the photo shoot:

 Najeeb Azami, jurusolek terkenal sedang memastikan solekan dan dandanan sempurna pada Izara sebelum shoot bermula. Yang tak berapa nampak tu adalah Syikin dan Farhana yang perlu make sure busana dirapi elok. Good job team!



Here's Izara in action. You go girl!










Lagi dalam isu Oktober - rencana hangat mengenai kerjaya dan duit khusus untukmu. Daripada cara nak perhebatkan kerjayamu, kuiz ketahui tahap keyakinanmu dalam kerjaya, cara betul berhenti kerja (ada adab tertentu yaaa) dan teknik minta naik gaji, Cosmo ada rencananya.
Dan ketahui bagaimana rakan kamu boleh bantumu bab duit selain inspirasi buat pelaburan bijak!

Juga helah kecantikan terbaru untuk tawan hati si dia, serta fun fearless fashion menampilkan tip fesyen terkini memastikan kamu sentiasa tampil hot!

Go grab your copy now, dan kongsikan dengan Cosmo apa pandanganmu. Hantarkan email (cosmopolitanmalaysia@bluinc.com.my) atau kongsikan di wall Facebook Cosmopolitan Malaysia atau tweet kami (@my_cosmo).

Jom Join Kempen Pure Pleasure by Magnum!

Hidup kamu bosan dipenuhi dengan tugasan seharian? Sekali sekala skip dari rutin harian kamu itu dengan menyertai kempen terbaru Magnum, "Pure Pleasure". Magnum menghasilkan empat ikon utama dalam kempen ini iaitu fesyen, percutian, muzik dan makanan. Pilih mana satu ikon yang kamu paling suka dan mungkin kamu boleh memenangi salah satu darinya dengan menyertai Magnum's Seek & Win contest.



 Bagaimana untuk sertainya? Ikut langkah di bawah:

 1. Klik 'like' halaman facebook Magnum http://www.facebook.com/Magnum

2. Nikmati aiskrim Magnum dan dapatkan kod yang terdapat di batang aiskrim.

 3. Daftarkan kod tersebut bersama butiran diri di https://apps.facebook.com/purepleasuremagnum

  4. Pilih antara empat hadiah yang kamu mahu menang.

Mudah sajakan? Cubalah sekarang. Mana tahu kamu bakal menanginya!

*Pertandingan ini bermula September hingga penghujung November 2012.

Tuesday, September 25, 2012

Jom Plan Cuti!


Ada cara baru untuk book percutian dengan lebih mudah. Check out Expedia yang membolehkan kamu book penerbangan dan hotel sekaligus, jadi tak perlulah nak tercari-cari di tempat lain pula. Kamu ada pilihan lebih 400 penerbangan dan 150,000 hotel di seluruh dunia, menjadikannya "pusat sehenti" bagi merancang percutian dengan cara cukup senang.

Apa yang Cosmo paling suka adalah jaminan harga terbaik. Okay, katakanlah kamu terjumpa tawaran percutian untuk trip yang sama tapi dengan harga lebih rendah, Expedia akan samakan harga itu dan pada masa sama, beri kamu baucar percutian bernilai RM150 untuk booking seterusnya. Kamu boleh terus hubungi pusat khidmat pelanggan 24 jam (tertera di laman web ya). Menariknya, katakanlah kamu nak cancel atau ubah tempahan, Expedia takkan kenakan caj tambahan. Best, bukan?


Dan khas untukmu, mulai 20 September lalu untuk tiga minggu, kamu berpeluang menonton Premier League di England (termasuk roundtrip air ticket dan penginapan, wow!). Akses saja laman Facebook Expedia.com.my dan sertai pertandingan 'Go For Goal'. Kamu kena cepat2 spot the soccer ball yang tersorok di belakang suitcase Expedia dan cuba klik sebanyak mungkin bola tersebut dalam masa terpantas. Satu peminat bertuah akan dipilih daripada top 5 untuk memenangi percutian fully paid itu.

Tunggu apa lagi? Go check it out!

xoxo,
Anida
Features Editor

Friday, August 17, 2012




(L-R: Ain Mahthir (Editorial Assistant), Siti Syahidah (Sub-Editor), Norasyikin Abd Wahid (Fashion Assistant), Nana Marlini (Beauty Editor), Anida Salwani (Features Editor), Eena Houzyama (Editor), Eryn Liza (Graphic Designer), Nurul Azwa (Art Director))

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin... Ikhlas daripada team Cosmopolitan Malaysia kepada semua pembaca tersayang. Selamat bergembira dengan keluarga dan orang tersayang. Be safe wherever you are... xoxo
 

Wednesday, August 15, 2012



Jangan lupa dapatkan isu bulan September! Bukan sahaja kamu dapat updates tentang gaya fesyen terkini musim luruh/dingin 2012 tetapi kamu juga dapat cuci mata dengan koleksi kasut serta beg yang di paparkan dalam edisi kali ini. Lepas dah belek kesemua mukasurat majalah, pastikan kamu turut menyertai peluang menang beg dan kasut khas dari koleksi Lewre Couture!



Tuesday, August 14, 2012


Kami team Cosmopolitan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Helen Gurley Brown. Helen meninggal dunia tengahari semalam.
Helen merupakan pengasas dan editor-in-chief majalah Cosmopolitan di Amerika Syarikat selama 32 tahun.
Helen sememangnya gadis Cosmo paling fun fearless dan fabulous!


Msg from Eena : Saya hanya terserempak dengan Helen awal tahun ini semasa training di New York. Dalam 5 minit saya bersamanya, saya dapat rasakan aura seorang wanita hebat. Dia tanya pada saya adakah saya teruja menjadi editor Cosmo Malaysia? Saya yang begitu excited dapat jumpa dia terus senyum lebar dan jawab, "Ofcourse!"  Helen begitu bergaya dan anggun walaupun umur cecah 90 tahun. Memang seorang wanita yang hebat! 
 
 

Thursday, July 19, 2012

Workshop Kenali Stail Peribadimu bersama Jezzmine Blossom dan Levi's Curve ID


Adakah kamu antara yang terpilih untuk hadir ke workshop yang sangat cool ini? Mesti yang hadir dah expert untuk memilih potongan jeans paling sesuai buat tubuhmu kan? Bukan sahaja kami diajar cara betul untuk mengukur tubuh bagi mengetahui saiz jeans yang bukan sahaja tepat tapi yang paling penting selesa. 
Levi's Curve ID juga turut menjemput Jezzmine dari Oldblossom Box untuk kongsikan tip menggayakan jeans dengan pelbagai jenis pakaian dan style!
Kalau tak dapat turut serta kali ini, jangan lupa cepat-cepat daftar untuk mana-mana workshop Cosmo yang akan datang nya. Pasti kamu akan teruja dengan semua tips yang akan kami kongsikan!

Wednesday, July 11, 2012



Gaya Musim Panas Fitflop!



Nak tampil lebih menyerlah berbanding yang lain? Cosmo cadangkan kamu sarungkan sepatu musim panas terbaru dari FitFlop. Bukan saja selesa dipakai, malah ia didatangkan dalam pelbagai warna dan corak menarik dengan inspirasi retro dan perincian yang cukup menawan. Apa tunggu lagi, dapatkan satu untuk kamu melaram pakai ketika bersantai bersama kawan-kawan mahupun ketika sesi janji temu kasual dengan si dia.
Gaya musim panas ini!

Boleh didapati di Isetan KLCC, Isetan Gardens, Parkson Pavilion, Parkson One Utama, Parkson Gurney Drive, Metrojaya City, Robinson The Gardens, FitFlop Kiosk di Bangsar Village I, Bratpack Great Eastern Mall, Bratpack Hartamas Shopping Centre, Bratpack Bangsar Village II, dan Bratpack e@Curve.

Floretta - Flame

Relaks Di Rumah Bersama Jojo Struys



Cosmo bukanlah maksudkan kamu boleh bawa Jojo Struys balik ke rumah untuk temankan kamu tenangkan fikiran ya… Aktiviti relaxation sudah menjadi trend sekarang ini, sebab itulah Jojo Struys - pengacara TV, pelakon dan columnist yang terkenal sebagai health enthusiat ini melancarkan CD relaxation yang dihasilkannya sendiri untuk bantu kamu relakskan tubuh selepas seharian penat di pejabat, rumah mahupun kolej.
Jojo Struys
Kajian oleh The American Society of Hypertension mendapati mendengar muzik yang tenang selama 30 minit sehari boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. “Ada banyak kajian tentang muzik relaxation. Hospital di seluruh dunia pun dah mula gunakan terapi muzik untuk kurangkan rasa sakit dan rasa bimbang pesakit,” kata Jojo. Muzik menenangkan ini juga boleh bantu legakan otot-otot yang tegang dan mengumpul aura positif. Jadi buat kamu yang tengah stress dengan masalah cinta atau kerja yang bertimbun, cuba ambil masa untuk relakskan diri dengan mendengar muzik ini sambil melakukan senaman ringkas atau yoga. (Selak Cosmo halaman 136 edisi Julai untuk langkah senaman mudah!)
Langkah pertama yang kamu kena buat adalah dapatkan CD Letting Go with Jojo Struys yang mempunyai enam trek audio khas untuk bantu kamu atasi stress dan kembali positif seperti trek After a Long Day. Bila singgah ke mana-mana cawangan Starbucks untuk beli kopi, belilah sekali CD ini dengan harga RM27. Jika kamu gunakan kad Starbucks, kamu boleh belinya dengan harga RM19.90 saja. Best, kan?

Sesi “Mengopi” Di rumah!




Coffee Bean Tea Leaf Bar
Kamu jenis yang tak boleh “hidup” tanpa kopi dan mesti minum sekurang-kurangnya sekali sehari? Haa, ini mungkin produk paling sesuai untuk kamu: Mesin pembancuh kopi CBTL dari Coffee Bean yang hanya menggunakan kapsul. Memang sesuai sangatlah untuk kamu yang sentiasa sibuk dan always on-the-go kerana mesin ini adalah “life savior” yang bakal menjadi “BFF” kamu semasa bekerja mahupun ketika chill out di rumah.
Mesin kopi jenis Kaldi
            Apa kata kamu lari ke Coffee Bean berdekatan sekarang dan dapatkan satu untuk tukar rumah atau pejabat kamu menjadi kedai “kopi mahal”! Kamu boleh pilih sama ada mahukan The Contata (13.75”L x 7”W x 10.5”H) yang berharga RM880 atau The Kaldi, (14.75”L x 7”W x 10.5”H) yang berharga RM980. Terdapat pelbagai jenis kopi espresso, kopi brew dan teh, jadi kamu boleh pilih dan minum mengikut mood: Sewaktu bekerja, relaks dan lepak bersama kawan-kawan. Dengan harga hanya RM21, kamu dapat 10 jenis kopi, espresso dan teh berlainan rasa. Jadi tidaklah kamu bosan dengan satu perisa saja!


Cara mudah nak guna:

Vanilla Latte (Hidangan: 12 oz)
Tuang susu ke CBTL Milk Frother ke tahap maksimum dan panaskannya menggunakan frother wand. Sebatikan CBTL kapsul Espresso ke dalam cawan dengan menekan butang “Small Cup”. Masukkan paket French Deluxe Vanila. Tambah susu frothed ke dalam cawan ¼ inci bawah rim dan tambah foam untuk hasil yang lagi best!

Café Mocha (Hidangan: 12 oz)
Tuang susu ke CBTL Milk Fronter ke tahap maksimum dan panaskannya menggunakan frother wand. Sebatikan CBTL kapsul Coffee ke dalam cawan dengan menekan butang “Large Cup”. Masukkan paket Special Dutch Chocolate. Masukkan susu frothed ke dalam cawan ¼ inci bawah rim dan tambah foam untuk kopi yang “kaw”!

Espresso panas, yummy!
Cara mudah gunakan CBTL