Wednesday, December 31, 2008
Makeover Mania bersama The Body Shop
Selamat Datang 2009!
Hi Cosmo darlings, apa khabar? Dah bersedia untuk melangkah ke Tahun Baru? Tinggal beberapa jam saja lagi kita akan tinggalkan 2008. Pejam celik, pejam celik kena ubah kalendar atas meja. Apa azam tahun baru ni? Untuk Cosmo, tentulah nak jadi majalah paling diminati, menjadi sumber rujukan yang hebat dan terus-terusan murah rezeki.
Love,
Anida
Tuesday, December 23, 2008
Santai Bersama Dayang Nurfaizah
Cosmo team baru kembali dari "beryoya" dengan Dayang di Heritage Mansion, KL. But ofcourse, acara itu sebenarnya untuk pembaca Cosmo terpilih dan bertuah kerana dapat lepak dan berkenalan lebih rapat dengan Dayang. Bayangkanlah, dia sendiri yang duduk bersama kira-kira 15 pembaca/peminat dan melayan mereka, seperti tuan rumah. Apa yang mereka bualkan? Hanya mereka saja yang tahu.
Wednesday, December 10, 2008
My Tokyo Discovery
One of the tv station buildings in Odaiba area, the Malaysian team for Shiseido event (Seok Ching, Mei Ling, me and Irene), Statue of Liberty replica in Odaiba
Hello Cosmo Babes,
Monday, November 24, 2008
Cosmopolitan Disember 2008 Di Pasaran!
Hello, hello...
How was your weekend? Harap2 lebih gempak dari cuaca yang agak suram, dingin dan sejuk sejak kebelakangan ni. Alang alang tengah bajet gaji tu, jangan lupa peruntukkan skit untuk beli majalah kesayanganmu ni ya. Cosmopolitan Disember sudah pun dijual, don't be the last to get it tau.
It's DAYANG NURFAIZAH on the cover. She looks beautiful, doesn't she?! Memang lain dari lain. Ikut kisah projek "besarnya" untuk 2009 di halaman 88 yang bakal menjadikannya artis bertaraf antarabangsa.
Juga, check out produk kecantikan terbaru untuk musim Krismas ini! Banyak kaunter tawar pelbagai produk dengan harga istimewa, boleh buat hadiah untuk teman atau diri sendiri. Jangan abaikan pula tip dari Nana, bersengkang mata cik kak tu nak bagi yang terbaik untukmu..hehehee..
Ketahui Senjata Rahsia Milik Wanita di halaman 74 - taktik psikologi yang boleh diguna pakai dalam perhubungan, pasti egonya tak tercalar dan yang penting, kamu pun puas hati. Wanita Cosmo yang bergelar isteri - ketahui usikan nakal dambaanmu (di ranjang), pasti aksi asmara makin meletup lepas ni. Wah!
Ikuti juga paparan fesyen menarik bulan ini, dari cool clutches to carry to parties ke aksesori cekak yang mampu menghangatkan gaya mahkotamu.
Tunggu apa lagi. Miss Cosmo, Miss Out!
Love,
Anida
Wednesday, November 19, 2008
Terima Kasih Semua!
Ning Baizura –“Selebriti yang tercalon dalam kategori ini memang bukan calang-calang. Dengan kemenangan ini menjadikan saya mahu lebih FFF, adventurous dan creative. The event was so fun and feel warm. Bukan sahaja dapat bergaul dengan selebriti, tapi juga dapat beramah bersama mereka yang berjaya dalam karier masing-masing.”
Tuesday, November 18, 2008
* Fabulous is not about physical appearance anymore these days. Substance matters and especially for women, this seem to be the crux of moving ahead with one's career. Gone are the days when fabulous use to be about dressing up in luxurious elements or being the socialite of high class society. Fabulous is about doing something amazing in one's life and giving it to mankind.
I hope that I can represent everyday women in motivating them to be Fun Fearless and Fabulous in their own special ways.
Monday, November 17, 2008
Anugerah Fun Fearless Fabulous Cosmopolitan 2008 - Results are in!
Yasmin (kiri) diwawancara media selepas dinobatkan The Ultimate Fun Fearless Fabulous 2008.
(kiri) Setting up for the event!
(kanan) Noryn ajak Juliana Cheong berduet satu baris dengannya. Aishah (tengah) tumpang seronok.
Sunday, November 9, 2008
"Hunting" Anuar Zain
Walaupun beli (yep, I bought. didnt wait for free tickets) seats paling murah, tapi rasanya I dapat the best seats di kalangan circle "murahan" tu. hahaha! But it was worth my trip and pelaburan because Anuar Zain's performance memang superb! When he spoke, memang rasa macam "mamat ni dah kena sore throat" tapi bila menyanyi..mak ai! Mantap dan very strong. Pandai betul dia "bodek" penonton yang kebanyakannya Singaporean ofcourse. Yang agak menggusarkan, ramai yang degil nak take pictures or videos of the concert, padahal orang Esplanade awal2 dah warn jangan gatai tangan. And they love to "menyampuk" whenever he starts talking to the audience. Haha..Funny. I guess their adrenalines dah berjaya mempengaruhi their better judgment. It is Anuar Zain, mind you!
I will post pictures once I get the chance. Esok pagi2 dah ada photo shoot so maybe later la yer. Terus terang, tak sempat bergambar ngan Anuar, tapi I managed to bergambar dengan...Eh, mana boleh cakap. Tengok sendiri nanti yerrrr..Taaaa!!!
Love,
Anida "Oh, abg Nuar." *faints*
Thanks Taufik!!
Friday, October 31, 2008
1. Apa yang dicari bila membeli lipstick?
- shine
-tak tebal sangat
-tahan lama
-melembap
-warna yang cantik
-tak pakai lipstick pun
2. Apa warna gincu favourite kamu?
-coklat
-merah
-neutral
-merah samar
-ungu
-oren
3. kamu guna lipgloss?
-selalu
-sekali-sekala
-tak langsung
Jom Bagi Pandangan
Love,
Anida
Thursday, October 30, 2008
Satu Hari Lagi...
Apa pun, kamu masih ada masa untuk tentukan siapa yang layak merangkul anugerah hebat dan berprestij ini. Tunggu apa lagi. Lekaslah undi!
Love,
Anida
Friday, October 24, 2008
Cosmopolitan November 2008 - Dapatkannya SEKARANG!
Lagi lagi yang menarik, Cosmo kali ini paparkan pelbagai tip melancong lain dari lain buat kamu. Maklumlah, dah hujung tahun ni, tentu sibuk berencana untuk langsaikan baki cuti 2008. Kalau kamu selak halaman 74 (Hemat Belanja Kala Melancong), 76 (Quiz: Destinasi Percutian Idamanmu?), 152 (Jurnal Percutian Cosmo Malaysia) dan inspirasi fesyen untuk cipta mood travel lebih gempak dalam Morning Glory, h92 - memang seronok cuci mata!
Pernah mengimpikan kehidupan ala selebriti? Sebelum melangkah ke alam itu, apa kata korek dulu hakikat di sebalik dunia glamor dalam ruangan What You're Dying To Know About (h90). Seronok pun ada, takut pun ada...
Gadis Cosmo jelita sepertimu tentu tak mahu ketinggalan tip kecantikan hebat "hidangan" Nana. November ini, dapatkan pelbagai produk jenama hebat terbaru lengkap dengan cara memakai dan manfaatnya untukmu. Tak perlu nak fikir panjang sebelum membelinya. Dengar saja cakap Cosmo ya...
See? Dengan hanya RM5.50, ilmu dikongsikan bersama bernilai lebih dari itu. Berbaloi untuk bacaan your long weekend ni. Tunggu apa lagi, Miss Cosmo Miss Out tau!
Love,
Anida
Wednesday, October 22, 2008
Cosmopolitan di 8TV Quickie (21 Okt 2008)
Selamat pagi! Siapa sempat tengok our beloved editor, Izza kena interview kat 8TV semalam, angkat tangan?! Kalau tak sempat, klik je kat link bawah ni untuk "layan" Rina Omar and Belinda Chee tanya macam-macam benda to Izza pasal kempen Fun Fearless Fabulous. Kamu dah vote ke belum?...
Kecoh studio 8TV dengan celoteh Rina & Belinda. Rina seronok kerana turut tercalon as one of Cosmopolitan's Fun Fearless Fabulous kategori Personaliti TV.
Nak tengok versi full? Layari link berikut, boleh terus tonton video live ya.
http://8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=34&ShowID=501&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=13768&VideoID=14471
Izza (dua dari kiri) dan Ungku Natasya (Promo Exec Cosmopolitan, kanan sekali) bersama Rina & Belinda, lepas kecoh di TV semalam.
Love,
Anida
Tuesday, October 21, 2008
Hong Kong & Macau bersama Fossil
Malaysia, I am back! Excitednya dapat peluang berjalan ke Hong Kong dan Macau di bawah tajaan Fossil (M'sia) sempena Fossil Asia Sales Conference pada 15 hingga 18 October lalu. Sejak bulan puasa dah mencongak2 apa nak bawa and importantly, what to shop! Haha. Masa kat HK, dapat beristirehat di Harbour Plaza yg gempak lagi selesa tu. Then cuci mata tengok koleksi 2009 (wah!) dari Fossil dan "anak2nya" termasuk Burberry, Armani Exhange, DKNY, Michael Kors etc. Rambang mata dibuatnya melihat deretan jam tangan yg belum dijual di pasaran. Rasa nak semua woh!
Lepas dua hari "menelan" info mengenai jam, sampai rasa dah jadi apprentice pakar jam tangan pun, Fossil bawa team media berjalan ke Macau. Dapat peluang duduk di Venetian yg...SANGAT gempak! The room was magnificent! Walaupun I rasa Macau ni syurga untuk gamblers, tapi seronokla jugak tengok lantai casino Venetian yg luas macam OU new wing k. But I wish the gamblers were dressed better, too casual for a place as grand as Venetian or even Four Seasons, yg juga ada lantai casino. Malangnya, tak leh take pictures kat situ. "Haram" woh! Hahaha...
Love,
Anida
Monday, October 13, 2008
COSMOPOLITAN ON AIR
Pada Okt 8, saya ditemani Ungku Natasya bergegas ke Sri Pentas untuk menjayakan The Breakfast Show. Cosmo turut menjemput Ning Baizura (calon Penyanyi FFF) dan Shazfinas Hashim (calon Personaliti FFF). Kami ditemubual oleh Daphne Iking dan Elaine Daly yang so fun to chat with... sampai Ning terkeluar cerita beraksi pole dancing seperti yang dilaporkan Cosmo isu Okt tu.
Pada Okt 10, pula kami ke konti Fara Fauzana yang keseorangan. Sekali lagi Ning berbesar hati datang awal pagi walaupun baru turun Genting (ada show) jam 3 pagi sebelum tu. Dan juga calon Personaliti FFF, Effa Desa. Memang Fara (yang juga calon dua kategori FFF) pandai melayan kami sebagai tetamunya sampai bila nak balik pun dia asyik bergambar sakan dengan Ning.
Tuesday, October 7, 2008
Fun Fearless Fabulous di NTV7 - ESOK!!
Bolehlah kamu "berkenalan" dengan mereka lebih lanjut sebelum "menabur" undi. Jangan lupa saksikan mereka ya!
Love,
Anida
Monday, September 29, 2008
JOM UNDI FUN FEARLESS FABULOUS!
Finalis Personaliti Fun Fearless Fabulous
You all pun boleh mengundi your favourite celebs via SMS!
Calon-calonnya adalah:
Personaliti Radio: Fara Fauzana (A1), Nana (A2), Myra (A3), Tini (A4), Hunny (A5)
Aktres: Sharifah Amani (B1), Liyana Jasmay (B2), Fazura (B3), Nora Danish (B4), Maya Karin (B5)
Personaliti TV: Yasmin Hani (C1) Sarimah Ibrahim (C2), Rina Omar (C3) , Fara Fauzana (C4), Sazzy Falak (C5)
Penyanyi: Siti Nurhaliza (D1), Dayang Nurfaizah (D2), Jaclyn Victor (D3), Noryn Aziz (D4), Ning Baizura (D5)
Jejaka Pilihan: Iqram Dinzly (E1), Awal Ashaari (E2), Anuar Zain(E3), Faizal Tahir (E4), Zizan Nin (E5).
Undi jangan tak undi, semuanya terletak dalam tanganmu!
Selamat Hari Raya!
Izza
Thursday, September 25, 2008
Mitos Wanita
Mitosnya: "Wanita suka kongsi kisah 'peribadi' dalam perhubungan." Setuju atau sebaliknya?
Tell me NOW!
Love,
Anida
Wednesday, September 24, 2008
Iftar bersama Dynas
Monday, September 22, 2008
Keluaran Oktober Kini Di Pasaran!
ANUGERAH FUN FEARLESS FABULOUS!
Paling mengujakan dalam isu ini adalah kemuncak Anugerah Fun Fearless Fabulous 2008! Kami tampilkan semula kesemua 12 finalis dan juga merancakkan lagi anugerah sulung ini adalah kategori Selebriti Fun Fearless Fabulous. Barisan 5 calon top 5 yang akan dinobatkan dalam 5 kategori iaitu Fun Fearless Fabulous Aktres, Penyanyi, Personaliti TV, Personaliti Radio dan Jejaka Cosmo! Nak tahu senarainya, get your Cosmo NOW!
Undi jangan tak undi! Semuanya dalam tanganmu! Undian kamu dikira, dan you all juga berpeluang untuk datang ke sesi eksklusif bersama team Cosmo dan hadir di majlis penyampaian anugerah nanti!
PINK PROJECT
Dan, sempena bulan barah payudara Oktober ini. Cosmopolitan turut menyokong kepada kempen kesedaran barah yang mengancam wanita tidak kira usia atau latarbelakang ini. Kamu juga boleh turut serta dalam kempen Pink Project yang menjual top T-Bags merah jambu eksklusif rekaan pereka Los Angeles. Bergaya sambil beramal...
Love,
Izza
Tuesday, September 16, 2008
Kembara Shopping
Love, Anida
Friday, September 12, 2008
JOM BUKA PUASA BERSAMA DYNAS & TEAM COSMO!
TEMPAT: CHINOZ, THE GARDENS
TARIKH: SEPTEMBER 23, 2008
MASA: 6.30PM - 9.00PM
TEMPAT ADALAH TERHAD. SILA HUBUNGI UNGKU NATASYA DI TALIAN 03-77259998 (ISNIN HINGGA JUMAAT, 9.00AM-6.00PM) UNTUK TEMPAHAN. AKTIVITI EKSKLUSIF INI HANYA DIBUKA UNTUK TEMPAHAN TERAWAL SAHAJA.
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. JUMPA YOU ALL DISANA!
Wednesday, September 10, 2008
"Demam" Raya
Wednesday, September 3, 2008
Multi-tasking Driver
Alangkah bahagianya kalau setiap pagi dan pulang dari kerja aman tanpa traffic jam yang sangat menguji kesabaran. Pagi tadi, pelbagai ragam pemandu yang telah saya perhatikan ketika sedang mengharungi kesesakan. Menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, ada yang mengambil kesempatan mencalit gincu di bibir (mungkin kat rumah tadi tak habis bersolek), ada yang mengangguk-anggukkan kepala (mungkin sedang layan lagu kat radio kot), ada juga yang boleh tahan menyedut asap rokok pakej dengan asap kenderaan yang dah sedia ada dan yang membaca surat khabar ketika memandu pun ada! Pemandu Malaysia memang hebatkan? Salah satu cara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas adalah dengan keluar rumah lebih awal dari waktu puncak. Kamu ada cadangan lain? Jom kongsi pendapat! Sharing is caring!
XOXO,
Zura Ahmad
Tuesday, September 2, 2008
Selamat Pengantin Baru Maya Karin!
Anyways, I was at Maya Karin's reception on Friday, di FRIM. Biarpun cuaca agak "gila" sejak kebelakangan ni, tapi Maya amik big risiko pasang khemah tengah padang malam tu. Nasib baik tak ujan, phew! Tema "cantik dan bergaya" memang ngam, sebab tetamu datang cukup santai. And importantly, pengantin tak kena "kepung" dengan tight security. Maya memang bagi peluang tak kira media atau tetamu lain bertemu dengannya. I especially like her bunga telur, bulb lampu Osram yang energy saving. During her speech, dia siap bagitau maksud tersirat gift tu - dia nak semua tetamu belajar jimat tenaga. Memang Ratu Alam Sekitar!