Friday, December 17, 2010

Cosmopolitan Edisi Januari bersama LISA SURIHANI hari ini!





SURPRISE!! Ya, Cosmo edisi Januari sudah berada di pasaran untuk kamu. Dan istimewa bulan ini, eksklusif bersama Lisa Surihani, aktres dan pengacara TV popular ketika ini. Kalau nak tahu, Lisa sendiri tak tahu dia akan muncul menjadi cover Cosmo bila diminta menghadiri sesi penggambaran di studio. Just before mula buat solekan baru kami beritahu, and dia punyalah happy. Katanya, dah lama tunggu peluang nak jadi wajah depan Cosmopolitan.
Ada banyak paparan hebat lagi menarik untuk kamu buat persiapan menempuh 2011. Dari tips kecantikan terkini hinggalah gaya terbaru agar kamu boleh revamp isi almarimu.
Juga, jom undi 10 pembaca Cosmo paling menawan untuk muncul sebagai cover Cosmopolitan. Team kami telah adakan photoshoot selama dua hari untuk mereka dengan kerjasama Clinique dan Guess. Seronok melihat finalis ini berposing ala selebriti, memang semula jadi! Jangan lupa undi siapa paling best okey.
Tunggu apa lagi, dapatkan edisi Januari sekarang. Kongsikan di Facebook atau di sini, apa yang paling best dalam isu kali ini.
Miss Cosmo, Miss Out!

Sunday, December 12, 2010

Cosmopolitan Malaysia mengiktiraf personaliti FUN FEARLESS FABULOUS 2010

(L-R) Leya (Personaliti Radio FFF), Yuna (Penyanyi FFF), Shaheizy Sam (Jejaka Terhangat FFF), Azrina Jane Abdullah (The Ultimate FFF), Izza Safinaz Ibrahim (Editor Cosmopolitan), Khari Sufi (Pereka Fesyen Muda FFF), Vanidah Imran & Rashidi Ishak (Pasangan Serasi FFF).

“Siapakah wanta paling FUN, FEARLESS, FABULOUS di Malaysia?”

Pembaca COSMOPOLITAN Malaysia telah memilih Azrina Jane Abdullah, 33, pemandu drift dari Kuala Lumpur. Beliau dinobatkan The Ultimate Fun Fearless Fabulous 2010 di acara Cosmopolitan Rocks, Live in Concert yang diadakan malam tadi di The Celebrities Club, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Azrina Jane Abdullah menguasai litar drifting sejak lima tahun lalu hingga membolehkannya membuka Sync Optima Drift Academy bersama suaminya, khusus untuk peminat sukan berisiko tinggi itu. Nasihat ibu seorang anak ini kepada wanita yang berminat untuk melakukan drift: “Ia bukan saja dapat mengasah skil memandu, malah dapat mengaplikasikan segala ilmu keselamatan di litar yang telah dipelajari dalam pemanduan harian. Ia juga sebahagian daripada pembelajaran asas sebelum seseorang menceburi litar perlumbaan atau rali.” Antara kejohanan yang telah disertainya – Formula Drift Asia Series (Singapore dan Malaysia), Goodyear International Drift Series (tiga pusingan), FX Open Drift Series (empat pusingan) dan ACE Drift Challenge (empat pusingan). “Bukan saja saya sibuk menjadi ibu, dan masuk pejabat, malah perlu bertanding untuksiri drift,” kata wanita yang turut memasarkan alat penyiaran ini.

FUN FEARLESS FABULOUS adalah anugerah bertaraf antarabnagsa anjuran majalah COSMOPOLITAN sedunia. Ini adalah penganjuran ketiga di Malaysia dengan menampilkan 12 finalis yang menepati kriteria wanita bekerjaya yang berani mencuba sesuatu yang baru, pada masa sama tampil menawan. Setiap bulan mulai Januari, Cosmopolitan memaparkan 12 finalis FUN FEARLESS FABULOUS dalam keluarannya sebelum memberi peluang kepada pembaca untuk mengundi calon kegemaran mereka melalui SMS atau boring undian.

Editor COSMOPOLITAN Malaysia, Izza safinaz Ibrahim, berkata, “Cosmopolitan Malaysia berterusan menyokong pembangunan masyarakat dinamik dengan mengiktiraf wanita berinspirasi tinggi daripada pelbagai bidang. Dan tahun ini, finalis kita tidak terkecuali. Mereka memiliki kehidupan yang hebat, berani dan berjaya.”

Pembaca turut memilih selebriti paling FUN FEARLESS FABULOUS. Dan pemenangnya adalah:

Pemenang Personaliti Radio Fun Fearless Fabulous LEYA (HOTFM)

Pemenang Pelakon Fun Fearless Fabulous DIANA DANIELLE

Pemenang Personaliti TV Fun Fearless Fabulous FARA FAUZANA

Pemenang Penyanyi Fun Fearless Fabulous YUNA

Pemenang Jejaka Terhangat Fun Fearless Fabulous SHAHEIZY SAM

Pemenang Senyuman Menawan AWAL ASHAARI

Pemenang Pereka Fesyen Muda Fun Fearless Fabulous KHAIRI SUFI

Pemenang Pasangan Serasi Fun Fearless Fabulous VANIDAH IMRAN & RASHIDI ISHAK

Menyemarakkan lagi malam anugerah ini, jemputan yang hadir dengan gaya Cosmo Rock Chic dihiburkan dengan persembahan mantap tarian pembukaan oleh HMC Phlow serta barisan penyanyi popular seperti Sabhi Saddi, Stacy dan kemunculan istimewa Dayang Nurfaizah.

Anugerah FUN FEARLESS FABULOUS 2010 COSMOPOLITAN MALAYSIA telah dianjurkan dengan tajaan Shiseido, Jaspal dan jam tangan Adidas serta kerjasama The Celebrities Club.

Wednesday, November 24, 2010

Cosmopolitan Edisi Disember 2010 Di Pasaran HARI INI!






Nak tahu KENAPA Mizz Nina terima lamaran Noh, Cosmo ada kisahnya. Kenalah dapatkan edisi Disember yang sudah ada di pasaran hari ini. Team Cosmo macam nak menari-nari bila buat penggambaran dengannya sebab lagu What You Waiting For tu memang sentiasa terngiang2.
Apa lagi yang menarik? Sudah tentu idea untuk kamu update almari dengan produk fesyen terkini untuk sambut tahun baru. Lebih eksklusif, editor Cosmo dari seluruh dunia sekali lagi kongsi tip dan cara untuk memperhangatkan detik mengucapkan selamat tinggal kepada 2010.
Untuk yang sedang bercinta, atau baru nak belajar ilmu perhubungan, ketahui cara "terbalik" bagi memenangi hatinya. Lagi kamu buat "bodoh" lagi si dia sayang, percaya tak? Kenalah baca Cosmo kalau nak tahu lanjut. Juga, cara berjalan yang betul untuk buat si dia naik angau. Itu pun ada caranya...
Tunggu apa lagi, terus ke kedai berhampiran untuk dapatkan senaskhah majalah kesayanganmu ini, biar lengkap koleksi Cosmopolitan kamu bagi 2010.
Miss Cosmo, Miss Out!

Tuesday, November 9, 2010

JOM SERTAI COSMO DI PINK BAZAAR AND AUCTION SABTU INI!


Jom sertai Cosmo melawan kanser serviks di Pink Bazaar and Auction, sebuah inisiatif di bawah "Power over Cervical Cancer" (POCC) . Bertemakan “Fight Cervical Cancer in Style, Best Friends Forever”, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan memperlengkapkan wanita di Malaysia untuk memperoleh kuasa terhadap kanser serviks.

Antara aktiviti yang terdapat di Pink Bazaar ini termasuk lelongan barangan peribadi sumbangan dari selebriti tempatan, jualan dari pelbagai jenama fesyen dan kecantikan serta khidmat nasihat mengenai kanser serviks. Cosmopolitan dan CLEO juga turut mengadakan aktiviti jualan majalah serta langganan percuma kepada pembaca bertuah. Separuh dari hasil jualan dan sumbangan ini akan disalurkan ke National Cancer Society Malaysia (NCSM) untuk untuk mempertingkatkan servis terhadap pesakit kanser serviks seperti screenings, support groups serta inisiatif untuk menaikkan tahap kesedaran mengenai kanser serviks di kalangan kaum wanita di Malaysia. Kamu juga digalakkaan untuk berkongsi your own digital photo pledge melalui website interaktif info kanser serviks iaitu www.pocc.com.my

So ladies, let's your support and join Cosmopolitan dan CLEO at Pink Bazaar and Auction this weekend;

Tarikh: November 13, 2011
Masa: 1-5pm
Tempat: Zouk CLub, 113 Jalan Ampang, Kuala Lumpur

See you there!

Thursday, November 4, 2010

Jom Sertai Bengkel Kecantikan bersama Shiseido!

Jadilah 30 pembaca terawal untuk menyertai bengkel hebat ini!

Impikan solekan terkini dari jenama kecantikan terkemuka? Cosmo dengan kerjasama Shiseido ingin menjemput kamu menyertai bengkel kecantikan bulan ini. Pelajari teknik solekan harian juga rias untuk ke majlis serta tip-tip penjagaan kulit wajah dari pakar kecantikan Shiseido. Hantar segera borang penyertaan kerana tempat adalah terhad!

Tarikh: November 27, 2010 (Sabtu)

Masa: 10.00am-1.00pm (Sesi 1),
: 2.00pm-5.00pm (Sesi 2)

Tempat: Shiseido Malaysia Office, Unit 7-03, Level 7,
Menara UAC, No. 12, Jln PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47800
Petaling Jaya

Bayaran: RM60 setiap seorang (Kamu juga akan menerima baucar bernilai RM60 berserta
goodie bag istimewa dari Shiseido)

Program
✽ Pengenalan kepada jenama Shiseido, trend solekan masa kini serta pelbagai jenis riasan wajah.
✽ Kepentingan penjagaan harian kulit dengan beberapa langkah mudah: Langkah1-2-3, serta cara untuk menyediakan wajah bagi mendapatkan solekan yang mulus sempurna.
✽ Demonstrasi solekan langkah demi langkah (untuk wanita bekerja).
✽ Sesi hands-on solekan bersama peserta.
✽ Sesi demonstrasi dan tip hebat untuk solekan siang ke malam.

Cara-cara untuk menyertai;

1) Hantarkan wang pos bernilai RM60 dan borang penyertaan ke;

ACP Magazines Pte. Ltd.,
Unit 801 & 804, Level 8, Uptown 2,
No. 2, Jalan SS21/37, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

2) Pembayaran melalui akaun ACP;

Bank : HSBC
Account No. : 303-870653-001
Company name : ACP Magazines Pte Ltd
Selepas bayaran, sila faks kan semula slip bayaran ke 03-77254070 bersama slip penyertaan.

3) Atau untuk lebih cepat lagi, kamu juga boleh membuat penempahan awal disini atau telefon Sofia atau Natasya di 03-77259998.

Monday, October 25, 2010

Dan Finalis Fun Fearless Fabulous 2010 untuk Selebriti Adalah...

Inilah dia, barisan selebriti Malaysia yang paling hebat, tersenarai untuk memenangi Anugerah Fun Fearless Fabulous 2010! Tengok betul-betul dan buat pilihan tepat, sama ada menerusi undian SMS atau menggunakan borang dalam Cosmo edisi November 2010.




Tunggu apa lagi, inilah masanya nak mengundi!
Miss Cosmo, Miss Out!!

Memperkenalkan Miss B: Love Your Breasts, Get To Know Them


Masih dalam Oktober, Cosmo nak kamu perhangatkan lagi kempen kesedaran barah payu dara. Baru-baru ini, Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BWA) melancarikan Miss B, aplikasi yang dapat membantu kamu untuk memeriksa sendiri payu dara. Ia mempunyai panduan visual step-by-step yang begitu fun dan interaktif. Jadi kamu takkan rasa gusar, cuak, takut-takut nak buat pemeriksaan sendiri, dan tiada alasan lagi ya sebab Cosmo di sini untuk bantu kamu juga.
Caranya mudah saja! Muat turun aplikasi Check Me Facebook menerusi http://apps.facebook.com/checkmebc. Kalau kamu ada iPhone, ada satu aplikasi khusus untukmu. Dapatkannya di http://www.apple.com/iphone/apps-for-iphone.
"BCWA berharap dengan kewujudan Miss B di Facebook dan iPhone, wanita Malaysia seperti kamu akan mengambil peluang ini untuk memaksiumumkan aplikasi berkenaan dan belajar cara yang betul untuk melakukan pemeriksaan sendiri payu dara. Kongsikan juga dengan ahli keluarga dan teman tersayang agar mereka pun dapat meraih manfaatnya," kata Ranjit Kaur, Presiden BCWA.
Tunggu apa lagi? Jom cuba!!!

Wednesday, October 20, 2010

Cosmopolitan edisi November 2010 memaparkan Jessica Alba dengan istimewa Cosmo World - Editor Cosmo antarabangsa berkongsi tip menarik.

EKSKLUSIF: Jessica Alba sebagai cover girl Cosmopolitan Malaysia kali ini! Itu saja dah memadai untuk kamu dapatkan isu terhebat sepanjang 2010. Hanya Cosmo ada kisah hidupnya yang terkini dan selepas bergelar ibu.
Juga, senarai pemenang Anugerah Kecantikan Cosmopolitan (AKU) 2010 yang bak kata Editor Cosmo, Izza Safinaz, mampu buat kamu nampak amazing setiap hari. Tahniah kepada semua pemenang, kerana kalian memang selayaknya menjadi milik setiap wanita Cosmo.

Paling istimewa juga, Cosmo World yang menampilkan secara eksklusif Editor Cosmo daripada seluruh dunia berkongsi tips fesyen, kecantikan dan melancong. Hanya Cosmo saja dapat memaparkan kisah sehebat ini, jadi kamu kena pastikan kamu memiliki isu November, SEKARANG!

Thursday, October 7, 2010

Laungan Pink Untuk Oktober

By this time, pasti kamu dah dapatkan isu terkini Cosmopolitan - isu Oktober 2010 yang makin "meletup"! Shakira, gadis wajah depan bulan ini telah menggegarkan dunia sewaktu Piala Dunia dengan lagu Waka Waka dan di sini, dia berkongsi kisah detik permulaan sebagai penyanyi dan kenapa dia tak bersedia nak bergelar isteri, padahal tengah date anak seorang bekas presiden.
Diperkenalkan, pencarian Cosmo Cover Star! Rebut peluang untuk dipilih menjadi Cosmo cover girl dengan menghantar penyertaanmu sekarang. Maklumat lanjut, terus ke halaman 71 ya.
Lagi berita terhangat: Cosmo Pink Project, acara tahunan yang diadakan pada setiap Oktober bagi memantapkan kamu dengan ilmu berkaitan barah payudara. Sempena itu juga, ACP Magazines (termasuk CLEO, Harper's Bazaar dan The Malaysian Women's Weekly) akan menganjurkan The Pink Shopping Night pada 12 Oktober ini di East Atrium, Mid Valley Megamall. Selain mendapat beg hadiah bernilai RM150 (untuk 500 pembaca terawal saja), kamu boleh membeli-belah di rangkaian kedai terpilih, yang turut menyertai dan menyokong kempen Pink Project hebat ini. Senarai kedai dan tawaran tertera di bawah.



Dapatkan segera isu terbaru Cosmo, dan simpan baik-baik kad shopping kamu itu agar kamu juga dapat sertai misi Pink Project hebat ini. Miss Cosmo, Miss Out!

Thursday, September 2, 2010

Terima Kasih

Kepada peserta Kunci Cosmo ke Kerjaya Konfiden bersama Shu Uemura pada Julai 24, 2010 yang lalu... TERIMA KASIH di atas sokongan kalian ya. Nantikan Kunci Cosmo seterusnya, dan rebut peluang untuk sertainya okey!

Friday, August 20, 2010

Terhangat Isu September 2010 - Scha Alyahya

Sekali tengok pasti kamu terpukau, betul tak? Dressed up in this lovely Farah Khan dress is the lovely Scha Alyahya. Biarpun dia teramat sibuk dengan sesi penggambaran, tapi Cosmo sempat dapatkannya sebab tahu ramai pembaca Cosmo amat meminatinya. Hasilnya, memang puas hati!
Istimewa isu September, a special section on Runway to Raya, dari pentas peragaan musim Luruh/Dingin 2010, Cosmo ambil yang mana paling sesuai untuk digayakan Syawal ini. Daripada lace, perincian mewah ke rona menawan jingga dan biru, kamu pasti bertambah teruja kerana ada produk saranan yang boleh didapatkan di Malaysia!
Tunggu apa lagi! Dapatkannya sekarang... Below, sedikit buah tangan daripada photo shoot bersama Scha. Enjoy!
Scha mula dirias untuk shot pertama, siap kena rujuk gaya Cosmo paling sesuai untuk dicuba depan kamera.

Aksesori tersedia untuk lengkapkan gaya.

Kasut mewah memang buat semua di situ rambang mata.

Lagi rujukan untuk the Cosmo style. We want to make Scha international!

Editor, Izza Safinaz beri tips tampil menyerlah di depan kamera sebagai Cosmo cover.

Aksi comel Scha! Payah nak pilih sebab semuanya cantik.

Jurusolek terkenal, Khir Khalid beri sentuhan profesional.

Monday, August 9, 2010

Kamu Mahukan Cinta Abadi?

Ya, siapa tak mahukannya... Tapi untuk mencapainya, kamu pasti ada pelbagai soalan yang menerjah fikiran, betul tak? Itu sebabnya Cosmo dah kumpulkan sehingga 77 persoalan cinta dan tak perlu nak letakkan jawapan berjela-jela pun. All answered short and sweet. Jadi tunggu apa lagi? Nak tahu selanjutnya, kenalah baca Cosmo isu Ogos ini.

Dan kepada pembaca Cosmo yang beragama Islam, kami ucapkan Selamat Berpuasa sempena Ramadhan ini. Take good care ya.

Miss Cosmo, Miss Out!

Love,
Anida.

Friday, July 23, 2010

Isu Ogos Lebih Hebat

Yessza... Isu Ogos dah keluar di pasaran. Tunggu apa lagi? Kenalah dapatkan satu untuk lengkapkan koleksi kamu. Bulan ini, Dayang Nurfaizah "menjelma" dalam Cosmo sebagai editor jemputan. Memang kena kerah abis buat story.. Hehe! Macam-macam dia kongsikan, jadi kamu kena baca dari awal sampai ke sudah ya.
Istimewa bulan ini - Kad diskaun daripada GAP yang eksklusif untuk COSMOPOLITAN MALAYSIA yang membolehkan kamu membeli denim (untuk pakai raya ofcourse) dengan harga diskaun. Juga, promosi Ramadhan menjanjikan hadiah bernilai RM10,000 kesemuanya. Memang rugi kalau kamu tak sertai dan menangi sesuatu.
Pada pembaca Cosmo yang telah menyertai acara Hot Date dengan jejaka terhangat di e@Curve bulan lalu, ada gambar kalian bersama artis lelaki pujaan di situ. Simpan buat kenang-kenangan.
Dan lagi paparan eksklusif. Team Cosmo dapat masuk pejabat Datuk Siti Nurhaliza untuk ketahui rahsia kejayaannya dalam bisnes kosmetik SimplySiti dan rancangannya selepas ini.
Di bawah, ada beberapa gambar behind the scene daripada cover shoot bersama Dayang Nurfaizah. Enjoy!

Antara gaya menarik lagi cantik oleh Dayang.

Biarpun dah petang, tapi Dayang tetap bertenaga depan kamera.

Lagi pose menarik Dayang.

Editor, Izza dan Editor Jemputan bergambar bersama.

Antara koleksi aksesori dan kasut terbentang untuk dipakai Dayang.

Segera dapatkan isu Ogos ya. Miss Cosmo, Miss Out!

Friday, June 18, 2010

Jom! Sertai Bengkel Kunci COSMO ke Kerjaya Konfiden bersama SHU UEMURA!


Jadi 80 pembaca terawal untuk menyertai bengkel hebat ini!


Ingin tampil konfiden dalam kerjayamu? Cosmopolitan dengan kerjasama Shu Uemura buat kali pertamanya mengajur Bengkel Kunci Cosmo ke Kerjaya Konfiden. Pakar solek dari Shu Uemura, Najeeb Azemi akan membawamu ke alam solekan professional sesuai untuk ke pejabat dan ke majlis istimewa. Untuk ketahui lanjut tips solekan professional ini, hantar segera borang penyertaan begnkel ini yang dilampir bersamakerana tempat adalah terhad!


Tarikh : 24 Julai 2010 (Sabtu)

Masa : 9.30am-2.30pm

Tempat : Hotel Nikko, Kuala Lumpur

Bayaran : RM50 setiap seorang

(Kamu juga akan menerima baucar RM50 serta cenderamata bernilai RM160 dari Shu Uemura)


Program :

- Pengenalan dan demo kepada solekan professional serta tip penjagaan wajah oleh Najib Azeemi.

- Penerangan cara pemakaian profesional oleh editor Cosmo dan TJOUE.

- Hidangan ringan turut disediakan.

Istimewa : Penampilan khas oleh professinal speaker yang akan berkongsikan tips kerjaya dan tampil konfiden.

Wednesday, June 16, 2010

Cosmopolitan Isu Julai 2010 - Hangat Lagi Bersemangat!

Cosmo beri lima sebab kenapa isu ini penting buat kamu si gadis Cosmo:

1. Cosmo ada "turunkan" ilmu kerjaya supaya kamu tak takut menghadapi cabaran dan tampil yakin setiap langkah ke pejabat.
2. Tip berjaga-jaga; kamu tak lagi gerun bila "terhidu" situasi merbahaya.
3. Langkah terbaik untuk kamu tamatkan hubungan cinta yang semakin "lemau".
4. Kisah Eva Longoria yang semakin hari semakin cantik, bahagia dan kaya-raya!
5. Paparan menarik mengenai tiga wanita berjaya di pejabat mereka. Termasuk penyanyi terkenal Ning Baizura!

dan tentunya banyak lagi yang menarik untuk kamu ketahui...

Cepat jadi yang terawal memegang naskhah ini dan kongsi pendapat kamu di blog ini mahupun di FB!

XOXO,

Zura Ahmad.

Tuesday, June 8, 2010

La Mer Goes Blue

Bersempena Hari Lautan Sedunia (yang mula diumumkan pada Jun 8, 1992), jar Crème de la Mer akan didapati dalam warna biru namun masih mengekalkan simbolik rekaan asal yang direka Dr. Max Huber. Edisi Terhad 100ml "blue" Crème de la Mer ini mula dijual sepanjang Jun di seluruh dunia. Antara objektifnya ialah untuk mengumpul dana sebanyak $200,000 untuk didermakan kepada Oceana, sebuah organisasi sokongan lautan antarabangsa bertaraf dunia. Ia juga sebagai meraikan ulangtahun ke-5, kerjasama La Mer dan Oceana dalam meneroka warisan lautan sebagai sumber kecantikan.

Apa pihak Oceana akan lakukan dengan wang sebanyak $200,000 tu?

Ia akan digunakan untuk kempen melindungi habitat dasar laut Belize (sebuah negara di Amerika Tengah) yang "didiami" Barrier Reef atau Terumbu Sawar kedua terbesar di dunia namun tersenarai dalam "permata" dunia dalam bahaya oleh UNESCO di dalam laman web World Heritage. Jom kita lihat betapa indahnya ia dan harus dipelihara agar kekal selamanya...



Cactus Coral

Brain Coral



Happy World Oceans Day!

XOXO,

Zura Ahmad.

Thursday, June 3, 2010

MEET COSMO MEN THIS JUNE!


Ingin mengenali Remy Ishak dan jejaka Cosmo isu Jun dengan lebih dekat lagi? COSMO HOT DATE kembali untuk kali kedua dan kali ini kami membawa barisan lelaki terhangat musim ini. Hanya taip kod SMS di bawah, kamu berpeluang untuk berkenalan dengan Remy Ishak, Nabil, Shahs Jeszle serta jejaka lain semuanya pada waktu yang sama! Sesi hot date with Cosmo ini dibawakan khas oleh produk penjagaan lelaki UBERMEN.

Untuk menyertai sesi hot date ini- Taip COSMO(JARAK)NAMA PENUH(JARAK)IC(JARAK)EMEL (Contoh: COSMO LIZA RAHIM 821215145038 liza@yahoo.com) dan hantar ke 32733. Selepas pengesahan, taip COSMO(JARAK)COSMOMEN

*Pembaca bertuah yang berjaya menyertai akan dihubungi pada 11 Jun 2010.

Monday, May 17, 2010

Blake Lively - Cosmo June Issue!

We're back! Dapatkan isu Jun dengan Blake Lively dan kisah eksklusifnya untuk Cosmo. Dan semestinya ada bonus - 10 Jejaka Terhangat pilihan Cosmo termasuk (tahan nafas)...REMY ISHAK! Remember Cosmopolitan Pamper Suite yang dilangsungkan sempena Anugerah Bintang Popular BH 2009 lalu... Ada banyak gambar eksklusif selebriti yang datang memanjakan diri buat tatapan kamu.
Miss Cosmo, Miss Out!

Monday, May 10, 2010

MILIKI SET HANTARAN SOLEKAN DARI DIOR!



TAMPIL ANGGUN DENGAN INPIRASI WARNA DARI PENTAS PERAGAAN JOHN GALLIANO. SEMPENA ISU PERKAHWINAN COSMO, KAMI INGIN MEMBERI 3 PEMBACA BERTUAH MEMILIKI WARNA-WARNA INDAH TERBARU DARI DIOR BERNILAI RM500 SEBAGAI SET HANTARAN DI HARI BAHAGIAMU NANTI!

Untuk miliki set solekan menarik ini, taip COSMO(JARAK)NAMA PENUH(JARAK)IC(JARAK)EMEL (Contoh: COSMO LIZA RAHIM 821215145038 liza@yahoo.com) dan hantar SMS ke 32733. Selepas pengesahan, taip COSMO(JARAK)DIOR

Promosi ini bermula Mei 12 sehingga Mei 31, 2010.

Friday, May 7, 2010

JOM BERDANSA BERSAMA DIANA DANIELLE!




KAMU PEMINAT PELAKON JELITA INI? PEMBACA BERTUAH COSMOPOLITAN (DAN SEORANG RAKAN) BERPELUANG UNTUK KE SESI ZUMBA DANCE SERTA BERAMAH MESRA BERSAMA DIANA DANIELLE, GADIS MUKA DEPAN ISU MEI 2010!

LOKASI: CELEBRITY FITNESS, BANGSAR VILLAGE
TARIKH: MEI 15, 2010 (SABTU)
MASA: 10.30AM — 2.00PM
KOD PAKAIAN: SELESA/GYM OUTFIT

UNTUK TEMPAHAN, SILA HANTARKAN NAMA, NO IC, PEKERJAAN DAN NO TELEFON SERTA GAMBAR KAMU DAN RAKAN KE UNatasya@acpmagazines.com.my SEBELUM MEI 12, 2010.TEMPAT ADALAH TERHAD. AKTIVITI EKSKLUSIF INI HANYA DIBUKA UNTUK TEMPAHAN TERAWAL SAHAJA.

Wednesday, May 5, 2010

Let's Talk!

Topik: Pernah tak berdepan atau mengalami kejadian ragut? Jika kamu sendiri tak pernah alaminya, mungkin kawan2 kamu ke? Kongsikan kisahmu itu di sini. Cosmo nak tahu...

Monday, May 3, 2010

JOM! SERTAI BENGKEL PASSPORT TO PRETTY BERSAMA CLINIQUE



Jadilah antara 50 pembaca terawal untuk menyertai bengkel kecantikan hebat ini! Impikan solekan bak fashionista New York, Paris atau Tokyo? Well ladies, this is your chance! Terokai alam kecantikan seluruh dunia di bengkel CLINIQUE Passport to Pretty bulan ini.

Tarikh: Jun 5, 2010 (Sabtu)
Tempat: Sime Darby Convention Centre (SDCC)
Masa: 10am-12.30pm
Bayaran: RM30 setiap seorang
Program:

• Pengenalan kepada pelbagai jenis riasan wajah oleh David Ooi, pakar
jurusolek CLINIQUE.
• Sesi hands-on solekan dengan para peserta.
• Peserta akan menerima baucar make-over serta goodie bag istimewa.
• Jamuan ringan turut disediakan.

Hantar penyertaanmu segera kerana tempat adalah terhad
!

Tuesday, April 27, 2010

JOM!SAKSI KEINDAHAN WANGIAN FLOWERBYKENZO



Terpesona dengan klip iklan ini? Pengarah filem Patrick Guedj telah menghasilkan iklan yang begitu indah dan penuh inspirasi khas untuk wangian FlowerbyKENZO. Penggambaran iklan ini telah diadakan di kota Paris dengan mitos kehadiran pari-pari bersama kuntuman bunga rona hati.

Ikutan itu, kamu dijemput menyaksikan keindahan bunga-bunga rona hati yang akan menghiasi Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada Mei 8, 2010. Selain itu, pelbagai acara menarik juga menantimu!

• Demonstrasi cara membuat cheesecake oleh Grand Chef Matsubara dari The Loaf
pada jam 2 petang, serta dapatkan pilihan enak cheesecake secara percuma!
• Sempena Hari Ibu yang akan datang, kamu dan ibu juga berpeluang untuk
mencipta cheesecake kamu sendiri dengan tunjuk ajar dari Grand Chef.
• Dan acara menarik ini diakhiri dengan servis urutan tangan manja oleh REN.

So ladies, make your way to Pavilion this coming 8th May to witness the beautiful world of Kenzo!

Thursday, April 22, 2010

Cosmopolitan Mei 2010 - Lebih Hebat!



Cosmopolitan Malaysia proudly presents... DIANA DANIELLE sebagai cover isu Mei 2010. Atas permintaan ramai, selebriti muda jelita ini menjadi penghias dan Cosmo kongsikan perjalanan karier Diana yang makin "menjadi-jadi". Selain berkongsi tentang cita-citanya yang bakal menyaksikannya menjelajah dunia tak lama lagi, D kongsikan mengenai first love, ex-bf, dan perkahwinan impiannya.
Buat pertama kalinya dalam sejarah Cosmo Malaysia, a flip cover dengan 40 halaman ekstra on Bridal stories! Dapatkan inspirasi perkahwinan dari pentas peragaan antarabangsa; Cosmo bentangkan langkah-langkah penjagaan kecantikan untuk bakal pengantin tiga bulan sebelum naik pelamin; Cara untuk jadikan perkahwinanmu EKSTRA istimewa; Kalau nak tahu apa yang si dia fikirkan bila menjelangnya hari bahagia, Cosmo ada rencananya di halaman 8; Perkahwinan bajet? Ada idea murah tapi akan tetap buat harimu kekal menawan...dan macam-macam lagi!
Check out hadiah hebat untuk kamu menangi daripada Nutox, Tudor Gold dll..Juga bengkel kecantikan Clinique untuk kamu sertai. Dan jika kamu belum subscribe Cosmo lagi, gunakan peluang ini kerana lima pembaca terawal melanggan Cosmopolitan akan menerima set wangian Kenzo Amour bernilai lebih RM1,000 setiap satu. Berbaloi!!
Miss Cosmo, Miss Out!

Friday, April 16, 2010

REBUT PELUANG MENANGI WANGIAN MAGNIFIQUE SPARKLING


Lancome menampilkan wangian ikoniknya- Magnifique Sparkling, wangian segar dan lembut melengkapi saga magnifique dengan unsur elemen kesegaran dan berkilauan. Magnifique Sparkling hadir dalam Eau de Toilette Eau dan terdapat dalam 50ml sahaja. Wangian ini menggabungkan not kilauan red grapefruit dan diwarnai dengan not fruity blackcurrant. Diadun dengan kelopak bunga rose dan jasmine dan base wangian ini dilengkapi dengan woody musky. Menghasilkan wangian yang begitu magnifique dan sparkly!

Ingin miliki wangian Magnifique Sparkling dari Lancome? Caranya mudah sahaja, ikuti langkah berikut;

1) Kunjungi kaunter Lancome berdekatanmu.
2) Take a sniff of the scent dari sampel wangian ini. Tiada free sample ya!Cuma hidu sahaja.
3) Layari semula artikel ini dan kongsi pendapatmu mengenai Magnifique Sparkling dengan lengkapi ayat ini “Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……”

5 pembaca bertuah akan memenangi wangian Magnifique Sparkling bernilai RM200 setiap satu! Promosi bermulaApril15-30 2010.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sertai fan page Lancome di www.facebook.com/LancomeMY.